Tuesday, June 29, 2010

kemaskini pendek

short update. sedang maraton berpuasa. tula sapa suh lambat, kan dah mencungap nak ganti posa, haih. takpe2 usaha tangga kejayaan, insya allah selesai.

faiq will be one year in three weeks time. time flies kan, kejap aje dah setahun. tak puas lagi tgk die jadi baby. ehh harus menambah bilangan baby kah muhahahaha. ermm tangguh ke rancangan malaysia ke 10 ye adik2. ada projek besar menanti insya allah jika diizin-Nya.

cakap pasal keja la pulak. setahun sebulan dah kat sini, still tak dapat spirit yang sepatutnya la. nak tukar tp takde alasan, kang tak pasal2 aku kena blacklist. huwaaa sungguh demotivated aku duduk sini. sedih2. camne ha??

Thursday, June 24, 2010

kursus btn

alhamdulillah, selesai sudah kursus btn. kali ni nasib baik dpt @ UPM, so senaman ke riadah ke tadek sbb faktor geografi chewahh. yela peserta ramai beno sampai 712 orang (itu baru kat serumpun), kalau campur sumer 2400 orang. gilo ko nak senaman segala. ahaha, so advantage di situ ye adik2.

faiz kutinggalkan dgn hubby, faiq pulak dok ngan parentsku di seremban. mula2 suspen kot2 faiq takleh tido malam sbb aku tadek, alhamdulillah die okey aje. sesekali aje die macam tercari2, lama2 okey. cumanya tak sangka rupa2nya abang dan adik ni tercari2 each other. sudahnya due2 demam sekejap sabtu lepas. nasib baik la demam sekejap aje. huhu yela mana penah pisah kan..tu la dok dekat nak gaduh aje hehehe sekali dok jauh sket dahhh demam anak2 ku.

ok. meh nak story cabaran memerah kat btn. chewah cabaranla sangat. eh berpeluh jugak tau nak bagi susu ku selamat ke destinasinye hahaha. first skali, aku kena dok kolej serumpun. bapak la jauh menapak bawak beg wei..dahla bilik tingkat 4, blok belakang pulak tu. fuhhhhhhhhh. mula2 skali tanya urusetia tu pasal tempat nak simpan susu. alhamdulillah, ada fridge kat blok sebelah, so lega dah ni, insya allah selamat susu hihi. tapi aku mmg dah standby pun bawak kotak polistrine putih tu..siap buh ais segala neh..haha mau nye tak orang keliling kerut2 tgk aku bawak kotak tu ahhaha.

pumping pulak alhamdulillah berjalan lancar. nak kata byk waktu rehat tak la jugak (berkejar2 la jugak pun) tp kire okeyla bolehla tarik napas haha. averagenye dpt pam 5 kali (5.00am, 10.30 am, 1.30pm, 5.30pm + 11.30pm) sumer lepas selesai satu2 aktiviti. petang dalam pukul 6.30 tu hubby ku akan datang utk collect ebm dan belikan stok ais baru. ais tu utk simpam ebm malam aje, pagi2 tu aku transfer masuk fridge. selesai kursus isnin haritu, alhamdulillah aku dpt bawak balik 34 plastik ebm @ 4.0oz each. kiranya production maintain la, syukur sangat2.

yang bestnye aku tgk ramai geng2 mengepam sama aku jumpa + kenal masa kursus ni. so dptla bertukar2 cerita. paling best lagi dpt gak sedikit sebanyak menarik perhatian yang lain2, esp mommies to be sbb kat kolej aku sahaja ada 89 org preggy moms! so masa tu rasa macam duta penyusuan pun ada, duta freestyle pun ada hahaha. siap merasa la jugak jadi supplier plastik susu kat kengkawan yg takde bekas simpan tu hahaha. tapi ada jugak yg aku tgk perah dan buang susu..terasa sayang sungguh, mungkin die tak tau cara penyimpanan susu kan..nak cuba explain tp masa membataskan misi ku chewahhh.

so dlm 2 minggu lagi aku ada kursus lagi. kali ni kat PD pulak. tapi 2 malam saje, n duduk pun kat hotel. so takde masalah sgt kot..all in all rasa happy dpt g btn aritu, dpt jumpa kengkawan yg berlainan skim (ramai cikgu2 n nurse2), pulak tu dpt roomates yang happening tahap dewa hahaha, so tadekla stress sgt. dan aku bersyukur sangat sb tak ada apa2 yg effect penyusuan/pengepaman masa kursus..

Wednesday, June 16, 2010

it's time

huu..rabu sudah. halfday hari ni. kemas barang adik, petang nanti nak hantar adik ke rumah mak. esok pagi2 balik putrajaya semula, kemas barang mak pulak. seb baik lapor diri petang..tadek la kelam kabut, boleh la kot nak kemas2 rumah sket b4 pegi.

sedihnye. camana nak tinggal anak ni..huwaa. semoga semuanya selamat insya allah. dan wahai isnin, cepatla sampai! doakan faiq, mak n ebm2 mak selamat ye!

Friday, June 11, 2010

checklist

yeay jumaat datang lagi (alaa minggu depan nak g btn dah huwaaaa). tak abis lagi kisah nak g btn, tgh sediakan checklist utk orang-orang yang akan kutinggalkan *sob sob*. panjang jugak checklist neh, hubby kata bukan checklist tp karangan muahahaha.so, mak-mak sekeliannnsss..meh tgk ape cik kiah nak bawak g kursus yea.

*click picture to view*

p/s: hari ni abang ngan adik duduk taska - first time htr taska ni. harap2 ok anak2 mak. nanti tghari sebelum mak pegi berjimba mak intai korang k! hahaha ;)

Thursday, June 10, 2010

ayam bakar campak-campak

hehehe. hari ni buat entry masak-masak la pulak ye. dah brp kali dah buat ni, ikut resipi dr kak hanieliza. senang aje.

bahan:
encik ayam
bawang putih*
halia*
lada hitam*
sos tiram
madu
sedikit minyak masak

cara2:
1. ayam dibasuh bersih dan toskan.
2. tumbuk semua bahan *
3. gaulkan bahan tumbuk dengan sos tiram + madu. perapkan ayam.
4. panaskan oven, bakar ayam + minyak @180-200C selama 35-40 minit atau hingga masak.

dah tu je. senang gile kan. taraaaa...oh ini rupa encik ayam tadi ye.


Tuesday, June 8, 2010

kisah ebm

entry ni khas utk wanie, wahhh ala2 berbalas entry gitu :p

kan ada tulis haritu ku tgh susah hati gundah gulana (cewah) pasal nak gi kursus btn kan kan kan. saja2 gugel, so terjejak la blog wanie. rupa2 nya wanie pun kena gi jugak kursus ni, tempat yg sama pulak tu cumanya wanie awal lagi dah pegi. cantek la tu, bole aku tanya eksperien die muehehe.

tima kasih ye wanie jawab email kak lyne. siap buat special entry kat blog die lagi, huhu. jasamu dikenang.

apa2 pun, ni hasil pengepaman pagi ni. power pumping belum buat lagi. smalam dpt 23oz, agaknye sbb weekend adik bergayut sajekk. kite tgk hari ni total output berapa ye..ok sumer, layannnnnnnnnnn....


p/s: pengasuh ku mintak cuti lagi, jumaat n isnin - balik kampung. haihh. jap lagi nak turun taska ofis, nak tanya transit anak camne kire, letak kat sini ajela kot.

Thursday, June 3, 2010

update adik

salam.

bz sket minggu lepas. last wiken adik demam panas. gigi dah kluar 2 batang!. agaknya sebab tu demam kot. kesian die. panas, tp ok lepas makan ubat. tp demam2 pun tetap kuat menyusu. hasilnya isnin lepas total dpt 23oz! alhamdulillah.

TAPI..start hari selasa susu kurang la. terus drop sampai 15oz je. rabu pun sama, dpt 14oz je. pagi ni pun dpt 7oz aje sekali pam. alahai. kenapa ye. rasa2 minum air banyak dah. salah satu sebab mungkin tgh susah hati ni, 17 sampai 21 ni kena gi kursus BTN la, dekat aje kat UPM serdang TAPI susah hati pikir nak tinggal adik, pastu mcamana nak handle EBM kat sana tu. kan dok hostel, payah kot nak carik freezer. kalau EBM siang tu mungkin boleh mintak ais dr caterer sket, then petang hubby boleh dtg amek susu. tgh pikir2 camna nak simpan ebm yang perah malam so that die tahan sampai hubby dtg amik esok petangnye. mintak2 dipermudahkan-Nya, aminnnnnn...



balik kepada citer susu kurang tadi..agaknye kena try power pumping balik kot? dulu penah try sekali, demam seminggu, susu drop gila2 even adik direct feed selalu. power pumping 3 hari, alhamdulillah lepas tu naik balik susu. esok kena start ni, buat masa lunch hour kan?

ehhhh...choppppppp kejap cik jah. skaliiiii sebab nak period kah? hahaha. ku belum peyod2 lagi ye sejak beranak harituhhhh. apakah?

haih whatever it is kenala cuba jugk ye power pumping. kot2 menjadi. insya allah. ni ye gambor budak demam tu, demam2 pun layannnn main keta dgn abang die hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails