Wednesday, September 22, 2010

post-raya entry

huhu. selamat hari raya korangss. thn ni raya paling tak happening skali huwaa. mana taknya. dear hubby demam-kebah-demam-kebah dari puasa sampaiii la ke raya! pelik betul demam kali ni, gi amik darah sume okey, clean aje. viral fever ke ape sumer tadek. atpi tak elok2. jenuh aku tgk die telan ubat wei. terus susut badan yg dah sedia keding huhuhu. nak balik raya tu pun kire gamble aje. nasib baik tak kena jem masa balik perak tu. tapi raya pertama lepas semayang jumaat demam balik!! aduiii, dah la raya kedua plan nak balik pahang lak, last2 MIL bawak gi try berubat kampung. huhuhu sudahnye - pakcik tu kata "ada benda tumpang", n si faiq pun kena kaco gak, ada benda dok sergah2 die. padanla dua tiga menjak ni merab tahap gaban, takmo letak bawah langsung. sian anak mak. pakcik tu bagi air buat mandi n minum. lepas tu baru kebah betul2..tapi 4-5 hari pastu baru betul2 sihat both hubby n faiq. alhamdulillah.

disebabkan kekalutan itu, makanya thn ni gambar raya pun ala kadar sajorkk. frust betul, dahla gigih bawah kamera dr rumah, skali memory card tinggal! hadoiila. last2 sebat camera adik iparku haha, tu pun gambar berdua ngan hubby x dan nak amek :((. so ini gambar org demam with the kids :)

Thursday, September 2, 2010

rayeee!

curik2 update di tengah2 kebizian bekerja (ceh!) cuti raya gue sudah lulus! duit raya rm500 dah dapat! huhuhu tapi order coklat aku tak siap lagi weh. nak terpengsan membuatnya ha. huhu nasib la x betul2 bukak order haritu, melayan opismate hubby nye order pun bengkok pinggang makcik weh. takpe2 nak dpt duit bukan senang kan..kena la usaha sket ye.

skang ni tgh pulun carik pengasuh/taska utk budak2. tension melayan pengasuh skang ni. kalau tak EL, cuti, half day. suka suki dieeee aje. ingat cuti tahunan aku specially dedicated tuk die agaknya. aduhai letih. dah call few places tp mostly pengasuh penuh la. taska ada la yg available tapi mahal benar tak padan ngan servicenya, pastu jauh pulak dr rumah. kena satu hari pegi round2 tgk ni. si faiz takpe la dah besar memang kena g skolah dah pun...si faiq la ni risau nye, kecik toet lagi ha, jalan pun tak lagi..letak kat taska takpe ke yehhh..ish ish dilemma sungguh la. nak hantar kat mak..jenuh la nak berulang putrajaya-seremban.

2 hari lepas demam lagi..haihhh asek demam aje la thn ni. dah tua agaknya hahaha anak dua terus kaput i you..huhuhu. yang best ape tau. balik rumah mak wiken lepas dieorg ckp aku dah kurussssss. wuhuuuuuuuuuuuuuuu!. tp tak g timbang pun la, nanti nak g lah. masa faiz dulu amik masa setahun nak dpt balik pre pregnancy weight tu. masa adik ni tak check pulak. hoho. ye ye jek, cuba tgk berat pas raya, sure naik balik kuang kuang kuang. :p

ehh.. macam panjang pulak. gi buat keje weh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails