Thursday, April 29, 2010

Sejarahnya...

si manja pertama
 lahirnya 3 november 2007, dua kali keguguran dan akhirnya tiba juga zuriat dinanti-nanti.masa preggy sibuk masuk forum baca pasal pregnancy + delivery saje..tak terlintas langsung nak jengah topik penyusuan, walhal dah memang berniat akan ku susukan anakku dengan susu ibu..ilmu tak cukup, padahnya nak naik kerja kelam kabut lintang pukang menyediakan stok susu utk faizku..alhamdulillah dalam kelam kabut korek info sana-sini berjaya jugak exclusive sampai dia 6 bulan. sehingga hari ini takkan ku lupakan kak sue dan kak maya - insan yang telah menerbitkan niat dan azamku utk menyusukan sebab dieorg juga ibu2 yang menyusu dan mengepam.

faiz 11 bulan, aku pregnant lagi. ku cuba juga teruskan penyusuan, despite of stok yang amat2 berkurangan..try bagi fresh milk dia refuse. faiz setahun empat bulan, menitik air mata bila die minum formula utk kali pertama. maafkan mak nak, janji mak tidak dikota. ku pasang niat biar anakku yang kedua ini lebih panjang perjalanan penyusuannya nanti.

si manje kedua

19 julai 2009, lahir anak keduaku..faiq, dan tentunya kali ini ku lebih bersedia dan sangat-sangat teruja untuk menyusukan. alhamdulillah, si abang ku sambung juga penyusuannya walaupun tidak secara direct feed. syukur kpd tuhan kedua-dua anakku tiada masalah dlm penyusuan, juga tidak nipple confuse - mudah diajar menggunakan botol. kali ini ku mula mengumpul stok seawal minggu ke dua kelahiran. habis pantang stok terkumpul mencecah 150 plastik! syukur ya allah. 
 

bercerita pasal pam - hingga hari ni  ku sudah ada 4 jenis pam berbeza hehe.pam kesemuanya masih ku simpan sehingga hari ni. sentimental value wehh. 

pam pertama - avent isis set



pam kedua - spectra 3. dengan pam ni lah ku dapat buat stok utk faiz huhuhu. ni aje gambar yg ada utk stok faiz..


pam ketiga - medela swing, pam yang sangat besttt tapi sebabkan ianya single pump..so consume masa yang agak lama kalau ku di ofis. dahla bos ku asal time aku nak pam aje die pun terjongol depan pintu hahahaha. concious i nak pump ok ;)


pam keempat - jeng jeng jeng....medela freestyle yang kuidam2kan since belum ngandung anak kedua lagikkkk..tp hubby tak brp setuju masa tu. yelah dahla maheiiii wehh, production kalau mencanak2 takpe jugak, ini alahai kais pagi minum pagi anakku, ada hati mau berFS muahahaha. FS ni pun aku beli masa faiq dah nak masuk 3 bulan...kaedahnya bagi susu stabil dulu la, bagi angkat FS hhehe (sebenarnya duit lom cukup heheh).. ehhh lupa tak gambar. ini gambar encik freestyle saya ye.


sekarang ni faiz dah 2 tahun 5 bulan..faiq dah nak masuk 10 bulan. alhamdulillah faiq masih fully breastfeed, dan dah pun mula makan since die 6 bulan haritu. setakat bulan april ni, frozen ebm ku dah mencecah 300+ plastik yg average nya 3.5oz@4oz. daily faiq consume dalam 17-18oz, dan dlm die 10 bulan ni aku masih boleh maintain production @ at least 17oz..at certain days kalau jaga makan dan minum boleh dpt 21oz!..doa dan harapanku semoga perjalanan kali kedua ini berpanjangan sehingga umurnya 2 tahun..dan selama mana die mahu menyusu atau sehingga ku peknen adiknya pulak *wink*


faiq in action! :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails