Friday, July 15, 2011

learning mode = ON!

alhamdulillah, selesai pun kerja-kerja tender (buat masa ni). lega sungguh rasanya. minggu ni rasanya memang minggu penuh emosi. dengan kerja, dgn berita2 mengejut...sebab kerja jugak la ku hampir2 bertekak dgn member, huhuhu. i am so sorry, cubalah faham kerja saya dan regulations yang mmg kena ikut ye..tak boleh main redah aje... :)

so 2 minggu terakhir julai ni ku namakan sebagai minggu pembelajaran ye anak-anak sekalians. 19-21 Julai ku akan menghadiri IPv6 2011 Regional Conference di Berjaya Times Square, KL. pegi dengan bos pulak tu..huhu tak per2. tgk agenda mcm banyak sungguh yg boleh ku belajar. syukur di atas peluang ni kan.

22-26 Julai pulak ku akan ke Terengganu utk kursus perolehan...wuhuuu. seronok jugak sebab dah lama tak kursus di luar...tapi, mengenangkan nak tinggal faiqku 4 malam kesian juga..takpelah adik kan dah besar..abang dulu lagi selalu kena tinggal. abang okey adik pun mesti okey kan..ku akan menginap kat sini sepanjang kursus..



tgh pikir2 ada tak fridge kat dalam bilik tu ye, tgk gaya mcm apartment kan. tak pelah, yg penting bawa peralatan yang perlu utk memerah + simpan susu dulu (beg bawak balik susu jgn lupa!) kalau nak dikira2 bukan nya byk pun nak bawak balik..sekarang kat ofis memerah pun sekali aje..boleh la bawak balik dlm 7oz..so kalau kira2 pun 4 hari 4 malam takla banyak sgt kan..tapi kalau tak memerah terasa rugi pulak...sikit pun sikit la janji ada 'buah tangan' mak utk adik kan! hehehehe.

Wednesday, July 13, 2011

udah bulan julai ye, cepat sungguh masa berlalu. kalau dikira-kira lagi enam hari genap Faiqku 2 tahun. alhamdulillah, masih berastfeed hingga kini, cumanya since sebulan lepas udah ku campurkan dengan fresh milk utk bekalan hari2 ke rumah pengasuh. tapi EBM tetap ada untuknya. kalau kat rumah mmg direct feed lagi. faiq pun takdek gaya2 nak berenti. biarlah dia wean sendiri, sampai masanya insya allah dengan sendiri stop, tak perlu rasanya paksa2. ehh ni pendapat ku saja ya, lain orang lain caranya. mungkin ada yg 2 tahun terus stop, sebab2 yang masing2 sendiri ada la kan. terpulang. yang penting we did our best! tahniah utk both mummy and baby :)!! ehh lupa daddy jugak hehehe

ini latest faiq yang cheeky and veryyyy the manja! pengubat stress n penat lelah mak :)


ini abang yang makin bijak..makin pandai cakap walaupun pelat...komen teacher dia "faiz senang diajar, panggil sekali, suruh sekali senang dia menurut" - alhamdulillah moga2 faiz terus jadi anak yang baik ya.


Deep freezer pun dah makin susut jauh ke dalam hehe. rindunya masa DF penuh dulu. tapi rasanya nak menambah tu buat masa ni belum lagi lah kot. kira2 stok frozen adalah dlm x sampai 30 paket ebm..takpelah habis yg tu nanti ada rezeki faiq bawak ebm yang fresh sajalah ya nak.

citer pasal lain pulak, baru2 ni familyku ditimpa kemalangan kecil. kereta idamanku yang tak sampai 3 minggu usianya tu terbabas masa nak hantar abang faiz ke tadikanya. hubby ku kata dia dihimpit kereta lain, dalam masa nak mengelak tu faiq nak terjatuh...masa hubby sambut faiq stereng pun dah ke mana...jadinya terlanggar lah divider jalan tu...kalau tgk luarnya macam sikit aje..TAPI...huwaaaa




so merasala ketaku naik tow truck ye..terus masuk federal auto, claim insurans la nampaknya. estimated costnya boleh tahan jugak, tarik napas panjang aku huhuhu. anyway syukur alhamdulillah anak2 n dear hubby tak ada apa2. kalau myvi yang kena, tak taulah. sekarang ni dah 2 minggu tersadai kat workshop, adjuster pun belum datang2 lagi katanya...alahaiii kalau ikut FA nak repairnya sehari atau dua hari siap..takpelah, harap2 sempat siap sebelum raya nanti. kalau tak nampaknya balik raya naik si biru lah ye B. hehe

lagi satu kejadian rumah yg kiteorg duduk ni. memangla kuarters tapi dari ku mula duduk sampai la ni (dkt 2 tahun) memanjang ada je rosak sana sini. kalau la ada offer utk beli rumah ni jangan la beli weh. baru2 ni tangki air utama rosak, jam 2 pagi habis air melimpah sampai ke bawah..habis kotak2 dalam bilik stor basah..satu kerja pulak mengelap lantai pagi2 buta, sampai budak2 pun confuse agaknya haha. dah la mcm tu, log report pada kontraktor seminggu baru dia datang untuk tgk dan repair, itu pun jenuh 3 kali ku follow up thru telefon tanya status.

ku ada apply untuk tukar rumah, samada rumah bawah atau pun apartment bwh nama hubby ku, tgk la yg mana senang utk diuruskan. kalau tak dapat maknanya mmg "rezeki" ku la dapat duduk rumah problem mcm ni ye...

bulan puasa pun dah nak dekat kan...kena persiapkan diri ni..manalah tau mungkin ramadhan ni yang terakhir untuk kita kan...ingatan utk diri sendiri yang selalu lupa..ermmm teringin sungguh nak ajar faiz berpuasa. anak2 buahku seawal 5 tahun dah ada yang dapat puasa penuh, mudah2an anak2 ku pun semudah itu juga nanti, insya allah :)

panjang pulak kali ni kan. lama x menulis, hambatan tugas dan anak2..banyak yang nak diceritakan, cumanya masa tu tak ada...dua minggu ni pun tekak ni rasa teringin benarr nak makan red velvet cake, nak buat tapi asyik x sempat. tinjau2 website kek boleh tahan mahalnya harga..rasa x berbaloi pula sbb mudah aje buatnya..nantilah..weekend ni nak cuba carik masa...sebagai teaser hehehehe...


koranggg..tanak try ke hahaha :p resipi tgk sini ya

Tuesday, July 12, 2011

Al-Fatihah buat seorang sahabat


subuh tadi dapat sms, seorang sahabat kembali kepada-Nya. Innalillahiwainnailaihirajiunn.
lama juga kenal dengan saudara ni, sama-sama bekerja di pejabat lama, walaupun dia vendor tp sebab umur tak jauh beza memang jadi kawan. terngiang2 rasa gelak tawa dulu2. anaknya yang sulung baru darjah 3, yang bongsu 4 tahun - sebaya faizku. 

semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, AMIN.

p/s: tak terbayang kalau ku di tempat isterinya... :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails