Wednesday, July 13, 2011

udah bulan julai ye, cepat sungguh masa berlalu. kalau dikira-kira lagi enam hari genap Faiqku 2 tahun. alhamdulillah, masih berastfeed hingga kini, cumanya since sebulan lepas udah ku campurkan dengan fresh milk utk bekalan hari2 ke rumah pengasuh. tapi EBM tetap ada untuknya. kalau kat rumah mmg direct feed lagi. faiq pun takdek gaya2 nak berenti. biarlah dia wean sendiri, sampai masanya insya allah dengan sendiri stop, tak perlu rasanya paksa2. ehh ni pendapat ku saja ya, lain orang lain caranya. mungkin ada yg 2 tahun terus stop, sebab2 yang masing2 sendiri ada la kan. terpulang. yang penting we did our best! tahniah utk both mummy and baby :)!! ehh lupa daddy jugak hehehe

ini latest faiq yang cheeky and veryyyy the manja! pengubat stress n penat lelah mak :)


ini abang yang makin bijak..makin pandai cakap walaupun pelat...komen teacher dia "faiz senang diajar, panggil sekali, suruh sekali senang dia menurut" - alhamdulillah moga2 faiz terus jadi anak yang baik ya.


Deep freezer pun dah makin susut jauh ke dalam hehe. rindunya masa DF penuh dulu. tapi rasanya nak menambah tu buat masa ni belum lagi lah kot. kira2 stok frozen adalah dlm x sampai 30 paket ebm..takpelah habis yg tu nanti ada rezeki faiq bawak ebm yang fresh sajalah ya nak.

citer pasal lain pulak, baru2 ni familyku ditimpa kemalangan kecil. kereta idamanku yang tak sampai 3 minggu usianya tu terbabas masa nak hantar abang faiz ke tadikanya. hubby ku kata dia dihimpit kereta lain, dalam masa nak mengelak tu faiq nak terjatuh...masa hubby sambut faiq stereng pun dah ke mana...jadinya terlanggar lah divider jalan tu...kalau tgk luarnya macam sikit aje..TAPI...huwaaaa




so merasala ketaku naik tow truck ye..terus masuk federal auto, claim insurans la nampaknya. estimated costnya boleh tahan jugak, tarik napas panjang aku huhuhu. anyway syukur alhamdulillah anak2 n dear hubby tak ada apa2. kalau myvi yang kena, tak taulah. sekarang ni dah 2 minggu tersadai kat workshop, adjuster pun belum datang2 lagi katanya...alahaiii kalau ikut FA nak repairnya sehari atau dua hari siap..takpelah, harap2 sempat siap sebelum raya nanti. kalau tak nampaknya balik raya naik si biru lah ye B. hehe

lagi satu kejadian rumah yg kiteorg duduk ni. memangla kuarters tapi dari ku mula duduk sampai la ni (dkt 2 tahun) memanjang ada je rosak sana sini. kalau la ada offer utk beli rumah ni jangan la beli weh. baru2 ni tangki air utama rosak, jam 2 pagi habis air melimpah sampai ke bawah..habis kotak2 dalam bilik stor basah..satu kerja pulak mengelap lantai pagi2 buta, sampai budak2 pun confuse agaknya haha. dah la mcm tu, log report pada kontraktor seminggu baru dia datang untuk tgk dan repair, itu pun jenuh 3 kali ku follow up thru telefon tanya status.

ku ada apply untuk tukar rumah, samada rumah bawah atau pun apartment bwh nama hubby ku, tgk la yg mana senang utk diuruskan. kalau tak dapat maknanya mmg "rezeki" ku la dapat duduk rumah problem mcm ni ye...

bulan puasa pun dah nak dekat kan...kena persiapkan diri ni..manalah tau mungkin ramadhan ni yang terakhir untuk kita kan...ingatan utk diri sendiri yang selalu lupa..ermmm teringin sungguh nak ajar faiz berpuasa. anak2 buahku seawal 5 tahun dah ada yang dapat puasa penuh, mudah2an anak2 ku pun semudah itu juga nanti, insya allah :)

panjang pulak kali ni kan. lama x menulis, hambatan tugas dan anak2..banyak yang nak diceritakan, cumanya masa tu tak ada...dua minggu ni pun tekak ni rasa teringin benarr nak makan red velvet cake, nak buat tapi asyik x sempat. tinjau2 website kek boleh tahan mahalnya harga..rasa x berbaloi pula sbb mudah aje buatnya..nantilah..weekend ni nak cuba carik masa...sebagai teaser hehehehe...


koranggg..tanak try ke hahaha :p resipi tgk sini ya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails