Showing posts with label faiz. Show all posts
Showing posts with label faiz. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

udah bulan julai ye, cepat sungguh masa berlalu. kalau dikira-kira lagi enam hari genap Faiqku 2 tahun. alhamdulillah, masih berastfeed hingga kini, cumanya since sebulan lepas udah ku campurkan dengan fresh milk utk bekalan hari2 ke rumah pengasuh. tapi EBM tetap ada untuknya. kalau kat rumah mmg direct feed lagi. faiq pun takdek gaya2 nak berenti. biarlah dia wean sendiri, sampai masanya insya allah dengan sendiri stop, tak perlu rasanya paksa2. ehh ni pendapat ku saja ya, lain orang lain caranya. mungkin ada yg 2 tahun terus stop, sebab2 yang masing2 sendiri ada la kan. terpulang. yang penting we did our best! tahniah utk both mummy and baby :)!! ehh lupa daddy jugak hehehe

ini latest faiq yang cheeky and veryyyy the manja! pengubat stress n penat lelah mak :)


ini abang yang makin bijak..makin pandai cakap walaupun pelat...komen teacher dia "faiz senang diajar, panggil sekali, suruh sekali senang dia menurut" - alhamdulillah moga2 faiz terus jadi anak yang baik ya.


Deep freezer pun dah makin susut jauh ke dalam hehe. rindunya masa DF penuh dulu. tapi rasanya nak menambah tu buat masa ni belum lagi lah kot. kira2 stok frozen adalah dlm x sampai 30 paket ebm..takpelah habis yg tu nanti ada rezeki faiq bawak ebm yang fresh sajalah ya nak.

citer pasal lain pulak, baru2 ni familyku ditimpa kemalangan kecil. kereta idamanku yang tak sampai 3 minggu usianya tu terbabas masa nak hantar abang faiz ke tadikanya. hubby ku kata dia dihimpit kereta lain, dalam masa nak mengelak tu faiq nak terjatuh...masa hubby sambut faiq stereng pun dah ke mana...jadinya terlanggar lah divider jalan tu...kalau tgk luarnya macam sikit aje..TAPI...huwaaaa




so merasala ketaku naik tow truck ye..terus masuk federal auto, claim insurans la nampaknya. estimated costnya boleh tahan jugak, tarik napas panjang aku huhuhu. anyway syukur alhamdulillah anak2 n dear hubby tak ada apa2. kalau myvi yang kena, tak taulah. sekarang ni dah 2 minggu tersadai kat workshop, adjuster pun belum datang2 lagi katanya...alahaiii kalau ikut FA nak repairnya sehari atau dua hari siap..takpelah, harap2 sempat siap sebelum raya nanti. kalau tak nampaknya balik raya naik si biru lah ye B. hehe

lagi satu kejadian rumah yg kiteorg duduk ni. memangla kuarters tapi dari ku mula duduk sampai la ni (dkt 2 tahun) memanjang ada je rosak sana sini. kalau la ada offer utk beli rumah ni jangan la beli weh. baru2 ni tangki air utama rosak, jam 2 pagi habis air melimpah sampai ke bawah..habis kotak2 dalam bilik stor basah..satu kerja pulak mengelap lantai pagi2 buta, sampai budak2 pun confuse agaknya haha. dah la mcm tu, log report pada kontraktor seminggu baru dia datang untuk tgk dan repair, itu pun jenuh 3 kali ku follow up thru telefon tanya status.

ku ada apply untuk tukar rumah, samada rumah bawah atau pun apartment bwh nama hubby ku, tgk la yg mana senang utk diuruskan. kalau tak dapat maknanya mmg "rezeki" ku la dapat duduk rumah problem mcm ni ye...

bulan puasa pun dah nak dekat kan...kena persiapkan diri ni..manalah tau mungkin ramadhan ni yang terakhir untuk kita kan...ingatan utk diri sendiri yang selalu lupa..ermmm teringin sungguh nak ajar faiz berpuasa. anak2 buahku seawal 5 tahun dah ada yang dapat puasa penuh, mudah2an anak2 ku pun semudah itu juga nanti, insya allah :)

panjang pulak kali ni kan. lama x menulis, hambatan tugas dan anak2..banyak yang nak diceritakan, cumanya masa tu tak ada...dua minggu ni pun tekak ni rasa teringin benarr nak makan red velvet cake, nak buat tapi asyik x sempat. tinjau2 website kek boleh tahan mahalnya harga..rasa x berbaloi pula sbb mudah aje buatnya..nantilah..weekend ni nak cuba carik masa...sebagai teaser hehehehe...


koranggg..tanak try ke hahaha :p resipi tgk sini ya

Tuesday, February 22, 2011

ujian..

assalamualaikum.

lama tak menulis (eh tulis ke?). maklumla bulan feb ni banyak na cuti nya. makanya tangan pun ikut cuti samala heheh. last week faiq sakit mata, sib baik 2 hari saje dah ok..tak sempat merah pun...tak lama pastu si abang pulak demam..petang rabu tu amik die dr sekolah cikgu kata demam + mcm nak sakit mata. kesian dia, melepek aje dlm kereta. kat sekolah haritu pun diam aje cikgu kata..haii kenapala cikgu tak call suruh amik ya..kesian anakku.

khamis n jumaat mak ngan abah pun cuti la menemankan faiz yg sakit mata tu...dok letak ubat mata klinik bg tu rupanya mata jadik lagi merah yek..selang seli jugak letak susu ibu kat faiz..sbb faiq ku letak susu terus baik you, berkat susu mak ni kan hehe. risau jugak kalau isnin tak baik, kesian faiz tak  dpt pegi sekolah, sayang tertinggal banyak hari.

alhamdulillah, isnin tu die dah baik dah, so dptla gi sekolah. TAPI mak pulak yang kena sakit mata. aduhaiii. gi jugak la klinik (nak MC) walaupun ubatnya sama dgn ubat faiz tu. heheh. dpt MC 2 hari, tapi sbb dah cuti dr khamis lepas, rasa segan pulak dengan bos ku itu. dahla keje banyak pending hehe. so, seharian la dok pulun letak susu kat mata selang sejam. hahahaha

nasib la hari ni dah ok. so keje la hari ni :)

p/s: faiq dah pun 1 thn 7 bulan last saturday. alhamdulillah, masih lagi fully bfeed, walaupun tak tau la takat mana lagi boleh thn stok beku tu ha. adala ku survey2 alternatifnya, tp tak tergamak pulak nak cuba...takpela faiq, sehabis boleh kita maintain bfeed ya. kais hari ni minum esok pun tak apalah. moga2 dpt kita capai 2 thn tu, insya allah.

Thursday, November 25, 2010

Tadika di putrajaya

hmm. tak habis lagi citer tadika. mengalahkan nak masuk U hahaha. anyways, 15 nov haritu sehari suntuk meround putrajaya carik taska/tadika untuk my dear faiz. gile kentang la rate kat sini hahaha.meh tgk hasil kindy hunting ku yeh

Children Islamic Centre (CIC)
Presint 11 (ada jugak @ P15, P9)
Modul preschool Zamrud (4-6 yo): 8.30am-5.30pm (mon-sat) --> RM5 for every subsequent hr after 5.30pm
enrollment fee = RM680 (RM580 + RM100 registration)
Kebajikan = RM10
Uniform = RM70
Monthly = RM400
* include preschool, amali solat everyday n iqra'
* transportation fees not included
* monthly rate may varies for each centres

Tadika Alif Ceria (Little Caliphs)
Presint 18 @ Presint 14
Registration fee = RM1000
Monthly (8.00am-5.30pm) = RM380
* pay RM5.50/hr after 6.30pm
* include preschool, amali solat everyday n iqra'
* lain2 tak dapat info since enrollment for 2011 dah tutup, dapat masuk waiting list sajork.

Ilhamputra
Presint 9 (own building)
Registration fees = RM1370 (inclusive of Dec n Jan advance fees)
Monthly = RM400
* Mon-Wed = preschool
* Thur = sports day
* Belajar agama hari jumaat saja.
* Insurance coverage included

Bondamama
Presint 9
untuk baby up to 4 yrs old saja
Monthly fee = RM250.00
Nursery only - 7.00am - 6.00pm

Laman Cerdik
Presint 11 @ P9
Registration Fee (full day + ibnu Sina) = RM1196.80
Monthly fee = RM360.00
* include preschool, amali solat everyday n iqra'
* transportation fees not included
* strong english medium

tu je yg sempat nak dijengah2. ada lagi in my list tapi tak tau la bila nak pegi tanya. haih faiz, dulu seribu lebih tu yuran mak masuk U tau hahahaha. ;)

***edited***

tadi pegi Tadika Vonad @ Presint 15 (www.vonad.com.my/http://asuhanwithummi.blogspot.com/)
last2 register faiz kat situ sajork.
Monthly fee = RM350 (RM180 for kindy + RM170 transit petang)
Enrollment fees = RM563.00 + RM106 (termasuk buku, uniform, fees jan n dec 2011, kelas iqra')
and utk baby ada taska sebelah tadika ni, monthly pun sama RM350.00 for baby up to 3yo.
so decision nya hantar abang saje lah dulu kat sini pagi sampai petang, adik maintain dulu umah mummy.
kita carik alternative plan pulak ye. hehe.

* strong point kenapa ku pilih tadika/taska ni walaupun jauhhhhhhh dr P11 tu ha:
i. Vonad ni adalah centre yang provide kursus untuk pengusaha-pengusaha taska, so basically prinsip2 asuhan kanak2 tu dia praktikkan insya allah;
ii. tadika ni berdaftar dengan JKM, Treasury and also Kem Sumber Manusia
iii. ratio cikgu/pengasuh yang ramai (1:5 for babies, 1:10 for toddlers)

alhamdulillah, selesai pencarian tadika faiz. belajar rajin-rajin ye sayang!

Wednesday, November 3, 2010

faiz is 3!


3 thn lepas, at exactly 7.34am, Faiz selamat dikeluarkan ikut tingkap. huhu. sekejap aje dah tiga tahun anak mak. tak lama lagi nak pegi skolah dah, tak lama lagi dah taknak peluk2 mak dah, tak lama lagi dah malu nak kiss2 mak dah :( huwaaaaaa
(emosi la mak oiiii)

to my dear faiz, semoga....

terus menjadi anak yang baik
terus menjadi abang yang melindungi adik2
lebih independent, jadi contoh pada adik ya
terus jadi anak yang manja dgn mak dan abah
yang paling penting,
jadi hamba-Nya yang taat, selamat di dunia dan akhirat, Insya allah.

mak doakan Faiz sentiasa sihat sejahtera dan dilindungi Allah selalu, Amin!
mak minta maaf sbb tak dapat susukan faiz sampai 2 tahun, mak minta maaf kalau faiz rasa mak selalu lebihkan adik, mak minta maaf kalau faiz rasa mak sayang adik lebih..

faiz, mak dan abah sayangkan faiz lebih dari segalanya!
selamat hari lahir yang ketiga faiz!

faiz @ 1 day old
03112007

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails