Tuesday, July 12, 2011

Al-Fatihah buat seorang sahabat


subuh tadi dapat sms, seorang sahabat kembali kepada-Nya. Innalillahiwainnailaihirajiunn.
lama juga kenal dengan saudara ni, sama-sama bekerja di pejabat lama, walaupun dia vendor tp sebab umur tak jauh beza memang jadi kawan. terngiang2 rasa gelak tawa dulu2. anaknya yang sulung baru darjah 3, yang bongsu 4 tahun - sebaya faizku. 

semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, AMIN.

p/s: tak terbayang kalau ku di tempat isterinya... :(

Tuesday, May 31, 2011

Check out #MilkADeal now for the best scrumptious offer from #Sheznie! Hurry!

Check out #MilkADeal now for the best scrumptious offer from #Sheznie! Hurry!
assalamualaikum :)

banyaknya nak tulis. summary aje boleh? sebenarnya malas hahaha :p

1. Myvi ku udah dijual huwaa. ingat nak amik cik siti tpnya stok lambat. so i am car-less for the time being. hoh, nak g merayapppp pun payah! keta apa nak beli masih belum diputuskan haha. on the bright side, i do have extra RM500 yeayyyyy! ini last pic of my dear Myvi huuuu *duduk baik2 dgn tuan baru ye!


honestly keta idamanku adalah ini ye.


tapi buat masa ini yang mampu adalah ini sajork hahah


tapi satu hari akan ku upgrade kepada iniii hahaha. eh berangannnnn free kan?


2. faiz and faiq kena chickenpox 3 minggu lepas. so bulan mei adalah bulan ku banyakkk amik cuti. tak apalah, anak sakit kan. skang ni dah sihat dah alhamdulillah. cuma parut2 tu ajelah nak bagi hilang. nak kena sapu bio oil selalu, nanti x hensem anak bujang i hahaha


3. faiq dah setahun 10 bulan. yeay, lagi 2 bulann aje lagi cukup 2 tahun. lepas tu freestyle ku bolehla berehat panjang ya. eh yeke? hahaha. sedar x sedar dah 2 tahun dok usung beg pam tu kan. :)

4. keje? huhu cam biasa saje. tidak ada yang menarik :p

Wednesday, May 11, 2011

ya allah, permudahkanlah...

menitik air mata setiap kali baca cerita ni, apatah lagi menatap gambar2 si kecil..tabahlah hati si ibu dan bapa, semoga kuat menghadapi dugaan yang amat berat ini. tak terbayang kalau ku di tempat mereka. mudah-mudahan si bongsu dapat ditemukan dan diuruskan sebaiknya, amin..

http://www.mazidulakmal.com/2011/05/dia-pendek-mata-merah-kejadian-lemas-di.html

Wednesday, March 2, 2011

pening lalat

ehem. bukan ya, ku belum pregnant lagik. hahaha tajuk tak agak2.

sebenarnya pening dgn spec tender yg tak siap2. apalah konsep tender pelik2 ni, guna konsep org lain guna kan senang. bos nak submit 7hb ni (2 tender pulak tu!), tapi haram satu tender pun tak siap ni wei. hari ni sepagi kena duduk dalam bilik bos buat tender haha tak pasal2 kena kuarantin. tapi sepatutnya memang camtu pun kan. takpelah, nampak gayanya wiken ni confirm kena dtg siapkan keje. standardla musim tender2 ni kan, macam tak biasa heheh.



sebut peknen ni, ramai pulak kat opis yg ku perasan peknen. musim agaknya kan. aritu ku terdengar dlm radio, kalau concieved on 14 feb haritu, chances utk deliver baby adalah pada 11/11/11 ya, cantik tarikh! tapi sori naik lori. dah terlepas. mungkin boleh target 12/12/12?? hahaha mungkin tidak....tp teringin wehhh. bestnya ada baby.

faiq pun dah nak 2 tahun. tak lama lagi dh tak payah usung pump ke sana ku mari. mesti rindu nak berkejaran pam susu, huuhuhu. haihh. tak pelah, ada rezeki ada la kan. opp sebelum tu ku  kena menuntut carik petua nak dapat anak pempuan dulu hahaha. org kata kena curik sudip ke senduk kat rumah org yg ada anak pempuan, hahaha kelakar kan. rumah sapa aku nak aim ni hahahahahah. :p

dah la mengarut. nampak benar pening buat tender. tengok tajuk la kan. :p

Tuesday, February 22, 2011

ujian..

assalamualaikum.

lama tak menulis (eh tulis ke?). maklumla bulan feb ni banyak na cuti nya. makanya tangan pun ikut cuti samala heheh. last week faiq sakit mata, sib baik 2 hari saje dah ok..tak sempat merah pun...tak lama pastu si abang pulak demam..petang rabu tu amik die dr sekolah cikgu kata demam + mcm nak sakit mata. kesian dia, melepek aje dlm kereta. kat sekolah haritu pun diam aje cikgu kata..haii kenapala cikgu tak call suruh amik ya..kesian anakku.

khamis n jumaat mak ngan abah pun cuti la menemankan faiz yg sakit mata tu...dok letak ubat mata klinik bg tu rupanya mata jadik lagi merah yek..selang seli jugak letak susu ibu kat faiz..sbb faiq ku letak susu terus baik you, berkat susu mak ni kan hehe. risau jugak kalau isnin tak baik, kesian faiz tak  dpt pegi sekolah, sayang tertinggal banyak hari.

alhamdulillah, isnin tu die dah baik dah, so dptla gi sekolah. TAPI mak pulak yang kena sakit mata. aduhaiii. gi jugak la klinik (nak MC) walaupun ubatnya sama dgn ubat faiz tu. heheh. dpt MC 2 hari, tapi sbb dah cuti dr khamis lepas, rasa segan pulak dengan bos ku itu. dahla keje banyak pending hehe. so, seharian la dok pulun letak susu kat mata selang sejam. hahahaha

nasib la hari ni dah ok. so keje la hari ni :)

p/s: faiq dah pun 1 thn 7 bulan last saturday. alhamdulillah, masih lagi fully bfeed, walaupun tak tau la takat mana lagi boleh thn stok beku tu ha. adala ku survey2 alternatifnya, tp tak tergamak pulak nak cuba...takpela faiq, sehabis boleh kita maintain bfeed ya. kais hari ni minum esok pun tak apalah. moga2 dpt kita capai 2 thn tu, insya allah.

Thursday, January 13, 2011

selamat tahun baru sumer. haha dah 2 minggu dah pun la kan. :p malas la citer azam2 ni, tak penah nye bersungguh nak capai pun heheh. keje adalah sangat bertimbun masuk tahun baru ni, and akan berpanjangan sehingga end of year kot. haih.

faiz dah masuk tadika! first 3 days adalah sangat menangis sbb ditinggalkan. masuk minggu kedua adalah sangat bagus tak menangis even tetap nak ajak mak masuk skali pagi2 hahaha. dah besar anak aku, ceh! dah boleh nampak improvement sejak skolah ni, bangun pagi suruh mandi pun tak nangis2, pakai baju siap g skolah segala pujuk2 sket aje dah ok, makan pun cikgu kata dah makan sendiri, belajar pun ok. paling best cakap pun dah banyak weh, walaupun still kenkadang tak paham bijik butir apakah-yg-kau-cakap wahai anakku hahaha. takpe, we'll take it slowly ya.

tadika faiz.

adik pulak. 19hb ni genap umurnya setahun setengah. mulut dah makin bising, perangai dah makin nakal, manja tapi still maintain manja lebih haha. susu pulak. alahai kenkadang termenung depan deep freezer mengenangkan (ceh) stok yg makin surut. pulak tu next week kena gi kursus kat KL, kan ke pengsan nak make sure stok maintain tu! minggu ni tiap2 hari pulun rebus longan, bawak air longan gi opis. alhamdulillah dapat jugakla tambah 1-2oz each session. 


aduh, info nak hangkut gi bengkel tak sedia lagi. seb baik ada bas nak g sana. mana aku nak angkut beg baju, beg susu, laptop segala. haihhh. tu pun nasib la kat kl sajork. Quality hotel pulak tu, dekat gile. Sebab2 saya suka tempat ini ialah:

1. Makan sedap
2. Dekat gile ngan sogo
3. Dekat gile ngan sogo
4. Dekat ngan kengkawankus, so boleh berjimba hahaha. (ehh mintak izin ya wahai suamiku) :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails