Monday, December 20, 2010

pending list


tinggal 2 minggu untuk 2010. aduh, mencungap rasa nak kejar abis tahun. banyak kerja tak siap! ini list untuk diri sendiri yang malas uhuk!

1. Markah SKT anak buah  dah siap
2. SKT sendiri dalam H*MIS dah siap
3. Bajet oh bajet 2012-2013 - halfway dah
4. final payments for 2010 - semua kontrak yeay settle!
5. tender oh tender yang banyak - bila aku nak mula

nampak aje 5. tapi kalau dipecahkecilkan (tetiba keluar term perolehan) aduhai banyaknye details nak kena tengok. cantik aje timing die kan time bos nak bagi markah ni, tak siap = tak perform? apakah?

Friday, December 17, 2010

menyusu si manja

Firman Allah S.WT :

Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. 
(Al-Baqarah 2:233)

Dah lama tak cerita pasal susu kan. yelah kan baru dpt anak buah ni, pastu 2-3 harini dok korek2 isi perut deep freezer ku yg dah susut isinya tu. aduhai, ada lebih kurang 7 bulan lagi penyusuan faiq, tapi stok dah makin slow nampaknya. padan muka sebab layan sangat musim2 malas mengepam yang melanda harituh. skang sendiri susah hati huhuh. takper, chayok2!

jadi ibu dan bapa memang seronok. alhamdulillah skang ni pun dah ramai yg breastfeed anak. ku bukanla kaunselor laktasi ke apa, tapi kadang2 sedih jugak bila org2 terdekat buat tak paham saje betapa pentingnya susu ibu untuk anak. memang it's not easy as it looks TAPI sekurang2 nya cubalah. jangan menyerah sebelum masanya.

susu ibu hak anak dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan oleh ibu/bapa. TAK TAHU - silala belajar/baca/carik maklumat. semuanya bermula dari kosong. carik info di internet, tanya orang2 yang berkelayakan, pergi kelas penyusuan. ianya tidak mudah, tetapi tidak mustahil! ni aku nak bagi tips penyusuan (in random order, based on my own experience yang tak seberapa ni - belum pun berjaya menyusu genap 2 tahun!)

1. bila sah mengandung, tanamkan niat awal2 dan doa supaya anak ini nanti akan disusukan dengan susu IBU sahaja!
2. bersedia mental dan fizikal - cari sebanyak mana ilmu penyusuan yang boleh - persediaan, teknik, masalah2 biasa penyusuan etc - begitu banyak sources nya, forum, blogs, BANYAK, JIKA KITA MAHU!
3. educate org2 di sekeliling ttg penyusuan, at least bagitau niat kita utk menyusukan kelak.
4. kuatkan semangat - ini paling penting. Ibu menyusu kena kuat semangat dan juga degil kadangkala :) abaikan anasir2 luar yg cuba jatuhkan semangat atau nasihat2 yang tidak perlu
5. ketahuilah paling penting adalah sokongan padu dan doa dari suami. kalau suami menyokong, org lain x sokong pun masih boleh survive insya allah.
6. bersedia sekiranya anak jaundis - terapkan dalam ingatan - ubatnya hanyalah susu ibu!!! tak perlu top up susu formula even kalau doktor/nurse suggest. please ya, ku bergaduh dgn nurse @ GH dulu masa die nak bg susu formula pada FAIQ. my baby, my say ok. period.
7. kalau pun anak tu diberi susu formula masa di hospital, takpe. jangan pulak kita pun pegi beli susu dengan andaian nak buat top up, susu tak cukup, anak tak puas, tak kenyang bla bla bla. ini alasan saja. ingat ya, kata2 itu doa. kalau kata susu x cukup selalu, maka x cukup la dia. be positive, doa banyak2, apa yang ada itulah rezeki allah untuk anak kita. insya allah cukup. Allah itu maha mengetahui setiap kejadian. INGAT ITU SAJA.
8. wahai ibu, berusahalah. Susu ibu adalah yang terbaik!

p/s: maaf sedikit emosi. terkilan dgn org terdekat, begitu mudah menyerah sebelum pun mencuba, apatah lagi berusaha. kasihan anak itu.

tiramisu

haritu try buat tiramisu. eh rupanya simple sajork, sonang baitu. fuh eksyen. so, sesapa yang rajin nak cuba, ni resipinya:

TIRAMISU


biskut ladyfingers
250gm cream cheese
140ml yogurt (natural flavor) @ 250gm whip cream
100gm gula
1sk esen vanilla
sedikit kopi (guna nescafe 3 in 1 aje)
air panas
serbuk koko untuk hiasan

1. bancuh kopi/nescafe. biar kan sejuk sekejap. rendamkan biskut (golek2 aje jgn lama2), then susun dalam acuan.


2. pukul cream cheese dgn gula. campurkan yogurt, esen vanilla. sapukan atas layer biskut yang dah disusun tadi.


3. susun lagi lapisan biskut n coat dengan cream cheese. dah siap, sejukkan dalam fridge sekuranng-kurangnya 4-5 jam. taburkan sikit serbuk koko sebelum di ngappp!


oh ini rupa biskut ladyfingers ya, beli kat bakery shop. yg ni RM8.90, ada 48 keping biskut.


sekian, selamat mencuba :p

Wednesday, December 15, 2010

a boy and a girl

alhamdulillah, sudah 1432H. moga2 kita berhijrah menjadi lebih baik, insya allah. 2 Muharram ku dapat anak buah baru, baby girl, kaisara batrisya. :) alhamdulillah senang ibunya melahirkan, 8.30am masuk labor room, 10.22am selamat melahirkan. bertuahnya dia kan. here's my little kaisara @ 6 days old.


3 Muharram. dapat sorang lagi 'anak buah'. kali ni officemate pulak bersalin, baby boy. lahir jam 2 pagi ni hehe. alhamdulillah selamat semuanya. here's muhammad hafiz zaffran @ 1 day old.


cute kan? tgk org dpt baby mula la teringin nak pregnant lagi hahaha. kalau dapat girl bestnya la. huhuh. sabar2, ada 2 ni pun tak tertengok anak2 ku.ada rezeki nanti tambah la, walaupun en hubby kata macam cukup la 2 orang ni. mana boleh wehh..sapa nak tolong kat dapur nanti :p! anyways, untuk kedua-dua buah hati baru ni, semoga membesar menjadi anak yang soleh/solehah dan membahagiakan kedua2 ibu bapamu, AMIN.

Monday, December 6, 2010

ticking clock



mahu ke hospital. adik ipar dah kuar tanda mau bersalin, tgh timing contraction @ labor room. pegi teman die sekejap sementara tunggu hubby nya yg di melaka sampai. jgn aku pulak yg masuk tunggu masa labor dah hahaha. tak pasal2 aku pulak yg amik gas tu nanti muahahaha. fuhhhhh..ku pulak yg sakit perut, takutttt. mudah-mudahan selamat semuanya, amin. tak sabar nak ada baby baru dalam rumah yeay! :)

** edited @12.45pm : huhu false alarm lah, dah ada contraction tp bukaan belum ada lagi. so balikd ulu memandangkan wad sepital pun penuh. hoh. musim beranakkah?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails