Friday, December 17, 2010

menyusu si manja

Firman Allah S.WT :

Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. 
(Al-Baqarah 2:233)

Dah lama tak cerita pasal susu kan. yelah kan baru dpt anak buah ni, pastu 2-3 harini dok korek2 isi perut deep freezer ku yg dah susut isinya tu. aduhai, ada lebih kurang 7 bulan lagi penyusuan faiq, tapi stok dah makin slow nampaknya. padan muka sebab layan sangat musim2 malas mengepam yang melanda harituh. skang sendiri susah hati huhuh. takper, chayok2!

jadi ibu dan bapa memang seronok. alhamdulillah skang ni pun dah ramai yg breastfeed anak. ku bukanla kaunselor laktasi ke apa, tapi kadang2 sedih jugak bila org2 terdekat buat tak paham saje betapa pentingnya susu ibu untuk anak. memang it's not easy as it looks TAPI sekurang2 nya cubalah. jangan menyerah sebelum masanya.

susu ibu hak anak dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan oleh ibu/bapa. TAK TAHU - silala belajar/baca/carik maklumat. semuanya bermula dari kosong. carik info di internet, tanya orang2 yang berkelayakan, pergi kelas penyusuan. ianya tidak mudah, tetapi tidak mustahil! ni aku nak bagi tips penyusuan (in random order, based on my own experience yang tak seberapa ni - belum pun berjaya menyusu genap 2 tahun!)

1. bila sah mengandung, tanamkan niat awal2 dan doa supaya anak ini nanti akan disusukan dengan susu IBU sahaja!
2. bersedia mental dan fizikal - cari sebanyak mana ilmu penyusuan yang boleh - persediaan, teknik, masalah2 biasa penyusuan etc - begitu banyak sources nya, forum, blogs, BANYAK, JIKA KITA MAHU!
3. educate org2 di sekeliling ttg penyusuan, at least bagitau niat kita utk menyusukan kelak.
4. kuatkan semangat - ini paling penting. Ibu menyusu kena kuat semangat dan juga degil kadangkala :) abaikan anasir2 luar yg cuba jatuhkan semangat atau nasihat2 yang tidak perlu
5. ketahuilah paling penting adalah sokongan padu dan doa dari suami. kalau suami menyokong, org lain x sokong pun masih boleh survive insya allah.
6. bersedia sekiranya anak jaundis - terapkan dalam ingatan - ubatnya hanyalah susu ibu!!! tak perlu top up susu formula even kalau doktor/nurse suggest. please ya, ku bergaduh dgn nurse @ GH dulu masa die nak bg susu formula pada FAIQ. my baby, my say ok. period.
7. kalau pun anak tu diberi susu formula masa di hospital, takpe. jangan pulak kita pun pegi beli susu dengan andaian nak buat top up, susu tak cukup, anak tak puas, tak kenyang bla bla bla. ini alasan saja. ingat ya, kata2 itu doa. kalau kata susu x cukup selalu, maka x cukup la dia. be positive, doa banyak2, apa yang ada itulah rezeki allah untuk anak kita. insya allah cukup. Allah itu maha mengetahui setiap kejadian. INGAT ITU SAJA.
8. wahai ibu, berusahalah. Susu ibu adalah yang terbaik!

p/s: maaf sedikit emosi. terkilan dgn org terdekat, begitu mudah menyerah sebelum pun mencuba, apatah lagi berusaha. kasihan anak itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails