Thursday, June 24, 2010

kursus btn

alhamdulillah, selesai sudah kursus btn. kali ni nasib baik dpt @ UPM, so senaman ke riadah ke tadek sbb faktor geografi chewahh. yela peserta ramai beno sampai 712 orang (itu baru kat serumpun), kalau campur sumer 2400 orang. gilo ko nak senaman segala. ahaha, so advantage di situ ye adik2.

faiz kutinggalkan dgn hubby, faiq pulak dok ngan parentsku di seremban. mula2 suspen kot2 faiq takleh tido malam sbb aku tadek, alhamdulillah die okey aje. sesekali aje die macam tercari2, lama2 okey. cumanya tak sangka rupa2nya abang dan adik ni tercari2 each other. sudahnya due2 demam sekejap sabtu lepas. nasib baik la demam sekejap aje. huhu yela mana penah pisah kan..tu la dok dekat nak gaduh aje hehehe sekali dok jauh sket dahhh demam anak2 ku.

ok. meh nak story cabaran memerah kat btn. chewah cabaranla sangat. eh berpeluh jugak tau nak bagi susu ku selamat ke destinasinye hahaha. first skali, aku kena dok kolej serumpun. bapak la jauh menapak bawak beg wei..dahla bilik tingkat 4, blok belakang pulak tu. fuhhhhhhhhh. mula2 skali tanya urusetia tu pasal tempat nak simpan susu. alhamdulillah, ada fridge kat blok sebelah, so lega dah ni, insya allah selamat susu hihi. tapi aku mmg dah standby pun bawak kotak polistrine putih tu..siap buh ais segala neh..haha mau nye tak orang keliling kerut2 tgk aku bawak kotak tu ahhaha.

pumping pulak alhamdulillah berjalan lancar. nak kata byk waktu rehat tak la jugak (berkejar2 la jugak pun) tp kire okeyla bolehla tarik napas haha. averagenye dpt pam 5 kali (5.00am, 10.30 am, 1.30pm, 5.30pm + 11.30pm) sumer lepas selesai satu2 aktiviti. petang dalam pukul 6.30 tu hubby ku akan datang utk collect ebm dan belikan stok ais baru. ais tu utk simpam ebm malam aje, pagi2 tu aku transfer masuk fridge. selesai kursus isnin haritu, alhamdulillah aku dpt bawak balik 34 plastik ebm @ 4.0oz each. kiranya production maintain la, syukur sangat2.

yang bestnye aku tgk ramai geng2 mengepam sama aku jumpa + kenal masa kursus ni. so dptla bertukar2 cerita. paling best lagi dpt gak sedikit sebanyak menarik perhatian yang lain2, esp mommies to be sbb kat kolej aku sahaja ada 89 org preggy moms! so masa tu rasa macam duta penyusuan pun ada, duta freestyle pun ada hahaha. siap merasa la jugak jadi supplier plastik susu kat kengkawan yg takde bekas simpan tu hahaha. tapi ada jugak yg aku tgk perah dan buang susu..terasa sayang sungguh, mungkin die tak tau cara penyimpanan susu kan..nak cuba explain tp masa membataskan misi ku chewahhh.

so dlm 2 minggu lagi aku ada kursus lagi. kali ni kat PD pulak. tapi 2 malam saje, n duduk pun kat hotel. so takde masalah sgt kot..all in all rasa happy dpt g btn aritu, dpt jumpa kengkawan yg berlainan skim (ramai cikgu2 n nurse2), pulak tu dpt roomates yang happening tahap dewa hahaha, so tadekla stress sgt. dan aku bersyukur sangat sb tak ada apa2 yg effect penyusuan/pengepaman masa kursus..

2 comments:

  1. tahniah berjaya jugak akhirnya kan..
    nak kata stress sgt kat sana xdelah jugak.
    ok happy breastfeeding!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails