Monday, December 20, 2010

pending list


tinggal 2 minggu untuk 2010. aduh, mencungap rasa nak kejar abis tahun. banyak kerja tak siap! ini list untuk diri sendiri yang malas uhuk!

1. Markah SKT anak buah  dah siap
2. SKT sendiri dalam H*MIS dah siap
3. Bajet oh bajet 2012-2013 - halfway dah
4. final payments for 2010 - semua kontrak yeay settle!
5. tender oh tender yang banyak - bila aku nak mula

nampak aje 5. tapi kalau dipecahkecilkan (tetiba keluar term perolehan) aduhai banyaknye details nak kena tengok. cantik aje timing die kan time bos nak bagi markah ni, tak siap = tak perform? apakah?

Friday, December 17, 2010

menyusu si manja

Firman Allah S.WT :

Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. 
(Al-Baqarah 2:233)

Dah lama tak cerita pasal susu kan. yelah kan baru dpt anak buah ni, pastu 2-3 harini dok korek2 isi perut deep freezer ku yg dah susut isinya tu. aduhai, ada lebih kurang 7 bulan lagi penyusuan faiq, tapi stok dah makin slow nampaknya. padan muka sebab layan sangat musim2 malas mengepam yang melanda harituh. skang sendiri susah hati huhuh. takper, chayok2!

jadi ibu dan bapa memang seronok. alhamdulillah skang ni pun dah ramai yg breastfeed anak. ku bukanla kaunselor laktasi ke apa, tapi kadang2 sedih jugak bila org2 terdekat buat tak paham saje betapa pentingnya susu ibu untuk anak. memang it's not easy as it looks TAPI sekurang2 nya cubalah. jangan menyerah sebelum masanya.

susu ibu hak anak dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan oleh ibu/bapa. TAK TAHU - silala belajar/baca/carik maklumat. semuanya bermula dari kosong. carik info di internet, tanya orang2 yang berkelayakan, pergi kelas penyusuan. ianya tidak mudah, tetapi tidak mustahil! ni aku nak bagi tips penyusuan (in random order, based on my own experience yang tak seberapa ni - belum pun berjaya menyusu genap 2 tahun!)

1. bila sah mengandung, tanamkan niat awal2 dan doa supaya anak ini nanti akan disusukan dengan susu IBU sahaja!
2. bersedia mental dan fizikal - cari sebanyak mana ilmu penyusuan yang boleh - persediaan, teknik, masalah2 biasa penyusuan etc - begitu banyak sources nya, forum, blogs, BANYAK, JIKA KITA MAHU!
3. educate org2 di sekeliling ttg penyusuan, at least bagitau niat kita utk menyusukan kelak.
4. kuatkan semangat - ini paling penting. Ibu menyusu kena kuat semangat dan juga degil kadangkala :) abaikan anasir2 luar yg cuba jatuhkan semangat atau nasihat2 yang tidak perlu
5. ketahuilah paling penting adalah sokongan padu dan doa dari suami. kalau suami menyokong, org lain x sokong pun masih boleh survive insya allah.
6. bersedia sekiranya anak jaundis - terapkan dalam ingatan - ubatnya hanyalah susu ibu!!! tak perlu top up susu formula even kalau doktor/nurse suggest. please ya, ku bergaduh dgn nurse @ GH dulu masa die nak bg susu formula pada FAIQ. my baby, my say ok. period.
7. kalau pun anak tu diberi susu formula masa di hospital, takpe. jangan pulak kita pun pegi beli susu dengan andaian nak buat top up, susu tak cukup, anak tak puas, tak kenyang bla bla bla. ini alasan saja. ingat ya, kata2 itu doa. kalau kata susu x cukup selalu, maka x cukup la dia. be positive, doa banyak2, apa yang ada itulah rezeki allah untuk anak kita. insya allah cukup. Allah itu maha mengetahui setiap kejadian. INGAT ITU SAJA.
8. wahai ibu, berusahalah. Susu ibu adalah yang terbaik!

p/s: maaf sedikit emosi. terkilan dgn org terdekat, begitu mudah menyerah sebelum pun mencuba, apatah lagi berusaha. kasihan anak itu.

tiramisu

haritu try buat tiramisu. eh rupanya simple sajork, sonang baitu. fuh eksyen. so, sesapa yang rajin nak cuba, ni resipinya:

TIRAMISU


biskut ladyfingers
250gm cream cheese
140ml yogurt (natural flavor) @ 250gm whip cream
100gm gula
1sk esen vanilla
sedikit kopi (guna nescafe 3 in 1 aje)
air panas
serbuk koko untuk hiasan

1. bancuh kopi/nescafe. biar kan sejuk sekejap. rendamkan biskut (golek2 aje jgn lama2), then susun dalam acuan.


2. pukul cream cheese dgn gula. campurkan yogurt, esen vanilla. sapukan atas layer biskut yang dah disusun tadi.


3. susun lagi lapisan biskut n coat dengan cream cheese. dah siap, sejukkan dalam fridge sekuranng-kurangnya 4-5 jam. taburkan sikit serbuk koko sebelum di ngappp!


oh ini rupa biskut ladyfingers ya, beli kat bakery shop. yg ni RM8.90, ada 48 keping biskut.


sekian, selamat mencuba :p

Wednesday, December 15, 2010

a boy and a girl

alhamdulillah, sudah 1432H. moga2 kita berhijrah menjadi lebih baik, insya allah. 2 Muharram ku dapat anak buah baru, baby girl, kaisara batrisya. :) alhamdulillah senang ibunya melahirkan, 8.30am masuk labor room, 10.22am selamat melahirkan. bertuahnya dia kan. here's my little kaisara @ 6 days old.


3 Muharram. dapat sorang lagi 'anak buah'. kali ni officemate pulak bersalin, baby boy. lahir jam 2 pagi ni hehe. alhamdulillah selamat semuanya. here's muhammad hafiz zaffran @ 1 day old.


cute kan? tgk org dpt baby mula la teringin nak pregnant lagi hahaha. kalau dapat girl bestnya la. huhuh. sabar2, ada 2 ni pun tak tertengok anak2 ku.ada rezeki nanti tambah la, walaupun en hubby kata macam cukup la 2 orang ni. mana boleh wehh..sapa nak tolong kat dapur nanti :p! anyways, untuk kedua-dua buah hati baru ni, semoga membesar menjadi anak yang soleh/solehah dan membahagiakan kedua2 ibu bapamu, AMIN.

Monday, December 6, 2010

ticking clock



mahu ke hospital. adik ipar dah kuar tanda mau bersalin, tgh timing contraction @ labor room. pegi teman die sekejap sementara tunggu hubby nya yg di melaka sampai. jgn aku pulak yg masuk tunggu masa labor dah hahaha. tak pasal2 aku pulak yg amik gas tu nanti muahahaha. fuhhhhh..ku pulak yg sakit perut, takutttt. mudah-mudahan selamat semuanya, amin. tak sabar nak ada baby baru dalam rumah yeay! :)

** edited @12.45pm : huhu false alarm lah, dah ada contraction tp bukaan belum ada lagi. so balikd ulu memandangkan wad sepital pun penuh. hoh. musim beranakkah?

Thursday, November 25, 2010

Tadika di putrajaya

hmm. tak habis lagi citer tadika. mengalahkan nak masuk U hahaha. anyways, 15 nov haritu sehari suntuk meround putrajaya carik taska/tadika untuk my dear faiz. gile kentang la rate kat sini hahaha.meh tgk hasil kindy hunting ku yeh

Children Islamic Centre (CIC)
Presint 11 (ada jugak @ P15, P9)
Modul preschool Zamrud (4-6 yo): 8.30am-5.30pm (mon-sat) --> RM5 for every subsequent hr after 5.30pm
enrollment fee = RM680 (RM580 + RM100 registration)
Kebajikan = RM10
Uniform = RM70
Monthly = RM400
* include preschool, amali solat everyday n iqra'
* transportation fees not included
* monthly rate may varies for each centres

Tadika Alif Ceria (Little Caliphs)
Presint 18 @ Presint 14
Registration fee = RM1000
Monthly (8.00am-5.30pm) = RM380
* pay RM5.50/hr after 6.30pm
* include preschool, amali solat everyday n iqra'
* lain2 tak dapat info since enrollment for 2011 dah tutup, dapat masuk waiting list sajork.

Ilhamputra
Presint 9 (own building)
Registration fees = RM1370 (inclusive of Dec n Jan advance fees)
Monthly = RM400
* Mon-Wed = preschool
* Thur = sports day
* Belajar agama hari jumaat saja.
* Insurance coverage included

Bondamama
Presint 9
untuk baby up to 4 yrs old saja
Monthly fee = RM250.00
Nursery only - 7.00am - 6.00pm

Laman Cerdik
Presint 11 @ P9
Registration Fee (full day + ibnu Sina) = RM1196.80
Monthly fee = RM360.00
* include preschool, amali solat everyday n iqra'
* transportation fees not included
* strong english medium

tu je yg sempat nak dijengah2. ada lagi in my list tapi tak tau la bila nak pegi tanya. haih faiz, dulu seribu lebih tu yuran mak masuk U tau hahahaha. ;)

***edited***

tadi pegi Tadika Vonad @ Presint 15 (www.vonad.com.my/http://asuhanwithummi.blogspot.com/)
last2 register faiz kat situ sajork.
Monthly fee = RM350 (RM180 for kindy + RM170 transit petang)
Enrollment fees = RM563.00 + RM106 (termasuk buku, uniform, fees jan n dec 2011, kelas iqra')
and utk baby ada taska sebelah tadika ni, monthly pun sama RM350.00 for baby up to 3yo.
so decision nya hantar abang saje lah dulu kat sini pagi sampai petang, adik maintain dulu umah mummy.
kita carik alternative plan pulak ye. hehe.

* strong point kenapa ku pilih tadika/taska ni walaupun jauhhhhhhh dr P11 tu ha:
i. Vonad ni adalah centre yang provide kursus untuk pengusaha-pengusaha taska, so basically prinsip2 asuhan kanak2 tu dia praktikkan insya allah;
ii. tadika ni berdaftar dengan JKM, Treasury and also Kem Sumber Manusia
iii. ratio cikgu/pengasuh yang ramai (1:5 for babies, 1:10 for toddlers)

alhamdulillah, selesai pencarian tadika faiz. belajar rajin-rajin ye sayang!

Friday, November 19, 2010

5 years and counting, still.

jam 12 tghari ni genap 5 tahun saya menjadi isteri. :) alhamdulillah utk 5 tahun yg menenangkan, plus 2 adorable kids!. pagi2 dah terbang RM150 mengganti bateri kereta, so there goes our wedding anniversary gift hahahah. pegi makan2 ajela kot nanti.

to my other half, i love you to bits!

Thursday, November 18, 2010

post birthday entry

huhuhu. 32 sudah. kek dapat buat sebijik aje la tapi. huhuhu lagi satu nanti buat masa anniversary lah. ni kek haritu.


setappp woo. lenkali buat kena letak cream cheese frosting tu banyak sket, sbb si faiz kejenye dok meratah cream cheese layer tu sajork, hahaha. anyways, tima kasih kepada kengkawan yg wish kat FB haritu.  :)))






birthday tahun ni rasanya aktiviti celebrate nya makannnn sajork. dari hari sabtu bawak ke isnin tak abis2 makan hahaha. thanks to my dearest hubby yg tak abis2 blanja makan hahaha ;)

Thursday, November 11, 2010

approaching 32!

ehem. saya akan berusia 32 dalam masa beberapa hari lagi. sudah tua lor, huhuhu. untuk usia 32++ ini, azam saya :


1. mau jadik hamba-Nya yg lebih sempurna, insya allah
2. mau jadik isteri yang lebih baik (lebih rajin masak, lebih rajin ngemas hahaha)
3. mau jadik mak yang kurang membebel :p
4. mau pegi macam2 kelas lagi!
5. mau jadik lactation consultant kalau ada kesempatan :) - niat yg tak kesampaian tahun ni huhu

cukup la tu. kot.

hubby ke kuantan pulak, sabtu baru balik. will be a lil bit busy with the kids and orders.


tapi, for my birthday this year..saya mau buat kek sendiri muahaha. bukan satu ok tapi dua! gile tamak tak tamak ko.

calon-calonnya ialah......
 red velvet cake

devil's food chocolate cake

siap la nanti hahaha. dah suka baking kata ko kan. :p

Tuesday, November 9, 2010

haih, kejeku terlalu banyak yang pending. malassssss tahap gaban. rasa nak balik rumah dok diam2 kat umah hehehe. sebenarnya rindu kat budak kecit ni la!



so, camne?

Wednesday, November 3, 2010

faiz is 3!


3 thn lepas, at exactly 7.34am, Faiz selamat dikeluarkan ikut tingkap. huhu. sekejap aje dah tiga tahun anak mak. tak lama lagi nak pegi skolah dah, tak lama lagi dah taknak peluk2 mak dah, tak lama lagi dah malu nak kiss2 mak dah :( huwaaaaaa
(emosi la mak oiiii)

to my dear faiz, semoga....

terus menjadi anak yang baik
terus menjadi abang yang melindungi adik2
lebih independent, jadi contoh pada adik ya
terus jadi anak yang manja dgn mak dan abah
yang paling penting,
jadi hamba-Nya yang taat, selamat di dunia dan akhirat, Insya allah.

mak doakan Faiz sentiasa sihat sejahtera dan dilindungi Allah selalu, Amin!
mak minta maaf sbb tak dapat susukan faiz sampai 2 tahun, mak minta maaf kalau faiz rasa mak selalu lebihkan adik, mak minta maaf kalau faiz rasa mak sayang adik lebih..

faiz, mak dan abah sayangkan faiz lebih dari segalanya!
selamat hari lahir yang ketiga faiz!

faiz @ 1 day old
03112007

Wednesday, October 20, 2010

tinggal lagi

huwaa esok kena tinggal lagi. hubby gi johor puleksss. boring aaaaa. oh tetapi tidak mengapa, ada entertainment baru di rumahku..iaitu seekor kucinggggggggg heheheheheheh. baru amik malam semalam, yet to be named la kucing nieh. apo namo nak bagi yeh?

Thursday, October 14, 2010

tinggal

ku tinggal bertiga ngan anak2. hubby outstation ke perak sampai esok. haih..boring sungguh x de kawan nak sembang2 huhuhu :(

dua hari lepas, tgh meeting dgn boss hubby call..ku sms dia:

"napa b?"
die jawab : "saja"
ku sms balik : "rindu orang ke?"
tau die jawab ape : "pi rah"

ish2..this nov marks our 5th year wedding anniversary..hahaha pirah yg die jawab
bertuah sungguh laki aku ni :p

Thursday, October 7, 2010

fuhh berabuk dah blog nieh, hahaha.

in summary;

  1. tgh bersedia utk 'ketiadaan' boss ku till dec - fuh nightmare
  2. bersiap sedia fizikal dan mental for another round of maintenance tender(s)..alahaii lomah den!
  3. bertungkus lumus 2 hari wiken lepas utk 320 boxes of chocolate utk doorgift jamuan raya ofis..hehehe
  4. tgh berkira2 utk menambah menu di kedai coklat :p
  5. still survey-ing calon2 taska utk anak2ku tahun depan
  6. berjaya membuat sesi makan2 kat rumah utk families n few friends haritu
  7. menimbang2 jadi ke tidak nak beli rumah @ bangi tu - lawyer banyak cengkadak, rasa nak cancel!
  8. hehehe gue sudah confirm, tidak perlu pangku memangku lagikkkkk...alhamdulillah!
  9. faiq dah tegap berjalan, faiz dah banyak bercakap..syukran ya allah
  10. entering 14th months of our breastfeeding journey...jauh lagi perjalanan..semoga dipermudahkan-Nya..

stok susu as at 4/10/2010..currently using April/May frozen EBM. Nampak ruang kosong dalam deep freezer tu? itu indicates keculasan/kemalasan saya mengepam ya. haih....

Wednesday, September 22, 2010

post-raya entry

huhu. selamat hari raya korangss. thn ni raya paling tak happening skali huwaa. mana taknya. dear hubby demam-kebah-demam-kebah dari puasa sampaiii la ke raya! pelik betul demam kali ni, gi amik darah sume okey, clean aje. viral fever ke ape sumer tadek. atpi tak elok2. jenuh aku tgk die telan ubat wei. terus susut badan yg dah sedia keding huhuhu. nak balik raya tu pun kire gamble aje. nasib baik tak kena jem masa balik perak tu. tapi raya pertama lepas semayang jumaat demam balik!! aduiii, dah la raya kedua plan nak balik pahang lak, last2 MIL bawak gi try berubat kampung. huhuhu sudahnye - pakcik tu kata "ada benda tumpang", n si faiq pun kena kaco gak, ada benda dok sergah2 die. padanla dua tiga menjak ni merab tahap gaban, takmo letak bawah langsung. sian anak mak. pakcik tu bagi air buat mandi n minum. lepas tu baru kebah betul2..tapi 4-5 hari pastu baru betul2 sihat both hubby n faiq. alhamdulillah.

disebabkan kekalutan itu, makanya thn ni gambar raya pun ala kadar sajorkk. frust betul, dahla gigih bawah kamera dr rumah, skali memory card tinggal! hadoiila. last2 sebat camera adik iparku haha, tu pun gambar berdua ngan hubby x dan nak amek :((. so ini gambar org demam with the kids :)

Thursday, September 2, 2010

rayeee!

curik2 update di tengah2 kebizian bekerja (ceh!) cuti raya gue sudah lulus! duit raya rm500 dah dapat! huhuhu tapi order coklat aku tak siap lagi weh. nak terpengsan membuatnya ha. huhu nasib la x betul2 bukak order haritu, melayan opismate hubby nye order pun bengkok pinggang makcik weh. takpe2 nak dpt duit bukan senang kan..kena la usaha sket ye.

skang ni tgh pulun carik pengasuh/taska utk budak2. tension melayan pengasuh skang ni. kalau tak EL, cuti, half day. suka suki dieeee aje. ingat cuti tahunan aku specially dedicated tuk die agaknya. aduhai letih. dah call few places tp mostly pengasuh penuh la. taska ada la yg available tapi mahal benar tak padan ngan servicenya, pastu jauh pulak dr rumah. kena satu hari pegi round2 tgk ni. si faiz takpe la dah besar memang kena g skolah dah pun...si faiq la ni risau nye, kecik toet lagi ha, jalan pun tak lagi..letak kat taska takpe ke yehhh..ish ish dilemma sungguh la. nak hantar kat mak..jenuh la nak berulang putrajaya-seremban.

2 hari lepas demam lagi..haihhh asek demam aje la thn ni. dah tua agaknya hahaha anak dua terus kaput i you..huhuhu. yang best ape tau. balik rumah mak wiken lepas dieorg ckp aku dah kurussssss. wuhuuuuuuuuuuuuuuu!. tp tak g timbang pun la, nanti nak g lah. masa faiz dulu amik masa setahun nak dpt balik pre pregnancy weight tu. masa adik ni tak check pulak. hoho. ye ye jek, cuba tgk berat pas raya, sure naik balik kuang kuang kuang. :p

ehh.. macam panjang pulak. gi buat keje weh!

Monday, August 23, 2010

updates

diam tak diam dah nak masuk 13 hari kite berpuasa kan. alhamdulillah, masih penuh setakat hari ini, mudah-mudahan penuh hingga ke akhirnya. huhuhu. dah apply cuti raya 8-15hb, tp tak tau la lepas ke tak lagi. hopefully ok. 17 tu keje lah nampaknye. mula2 nak amik 9-17. skaliiiii pengasuh budak2 ni nak balik kg 8hb. suka suki die aje kannnnn. TER paksa la tukar cuti gue pulak. takpe2. 17hb tu abang ikut abah, adik ikut mak gi opis ye hehehe.

kuih raya, dah settle buat 2 jenis beb. gigih tak gigih aku haha. punye semangat planning tuuu..TAPI sebalang kuih dah lesap penangan hubby ok. takpela, buat pun utk makan kan. maknanye sedap la tu walaupun tak puji hahahahahaha (buleh?). shopping raya - sume dah siapp beb, jumaat lepas cuti shopping2 ngan hubby (lama x dating due orang huhu) sume dah cukup except for baju maknye laaaaa..payah benar nak jumpe yg berkenan. nantilah carikkkk. dahla color tema yg dah plan baekk nye kena tukar! mula2 nak kaler dark grey tauu..skali gi kedai baju melayu tu boleh pulak tadekkk kaler tu, hampeh betulla.

last2 hubby senang aje, bertukarrrr kepadaaaaa hitam you. boleh tak raya2 nak pakai kaler hitam. kan ke susah aku nak carik baju. sabor ajela.

wiken ni nak balik somban, bukak posa ngan mak. huuu raya thn ni turn perak dulu ye adik2. tu yg semangat raya ala2 je ni. (dalam ala2 pun siap dah sume ni ape cite hahahahaha kecoh betul). anywayssss lepas tu next week i start bz ye. order coklat boleh tahan banyak nieh, pengsan aku. alhamdulillah rezeki anak2 raya ni. :)) tu pun ade order utk kenduri kawen dah tolak awal2 suh adik aku buat, tak sanggup mak weh.

keje, banyak as usual. and akan bertambah banyak lagi lepas raya niehhhh. dahla bos ku mau gi haji. uwaaaaa gimana ni sih! takpe2 chaiyok2! ala malasla citer pasal keje huhuh. sangap camne pun keje tetap ada kan?

update adik pulak. gigi dah tumbuh lagi 2 btg, demam skejap last week. sian die, meleleh2 air liur. paling best tu taknak kat sesapa tu, nak mak die aje. mak bangun masak sahur die pun bangun, mak nak buke posa die pun menempek sama. haihh anak, sok besar tak dengar ckp mak, mak luku kepala skali ! :p berjalan still belum boleh lagi walaupun sebenarnya dah boleh setapak due - manja la tu kan, kalau pimpin lajuuu aje. takpelah, nanti die ready die jalan la kan. jenuh pulak nak kejar sok. setakat 13 bulan ni, alhamdulillah, adik masih lagi fully breastfeed, another 11 months to go!. puasa2 ni drop byk jugak production, tak lalu la nak mengadap air banyak2 dr buka sampai ke sahur tu. kembung aku rasa..camanala mak2 yg lain buat ye. kuat semangat betulla dieorg kan. no wonder la success bfeed for 2 years!

abang pulak, dah start nak bercakap banyak walaupun aku kenkadang tak paham hahaha. jenuh main teka2 wei ape die cakap. takpe2 next year kite g skolah k bang!

Thursday, August 5, 2010

susulan kisah ebm expired .. dah 2 hari demam ala2 tak demam. eh camno tu? (read: kejap ok, kejap sejuk+gigil2+sakit badan+cam nak demam) puas ku pikir2 mengapa dan kenapakah. pastu dah 2 hari sakit gile2 nye sebelah kanan ni. smalam check2 macam ade bengkakan la pulak. dah try tuam n pam tapi mcm ada lagi la..sakit woo. ni kalau ikutkan dah kali ke 3 kena demam susu ni. aduiiiii sakitnye takleh nak cakap weh, hanya org yg penah kena je tau betapa seksanye. huuuu, ingat nak g kinik tp mcm takut. tak pegi kang melarat pulakkk wehhh. camno nih.

pagi tadi pam pun belah kanan dpt dlm 3oz sajok. impossible sungguh, itu bukan hasil tuaian yang biasa okeh. tersumbat ke ha. kalau gi urut boleh ke tak yeh. mau melompat aku kang, sakittttttttt.

mintak2 petang ni okey la kan. tak sanggup dah ni, sakit. tak pasal2 mc lagi kang. bulan lps dah 2 mc. kang jadik ratu mc pulak acik kang, sapo nak jawabbb  muahaha.

ohh ni info pasal bengkak susu ni.

 A blocked duct is caused by milk that dries and forms a clot preventing the milk behind it from leaving the breast. This causes part of the breast to fill with milk and remain engorged, leading to soarness and anxiety in the short term, and reducing milk production from that breast in the long term. If the blockage does not clear within a day, call your doctor, because the risk of mastitis also increases. Contrary to generally accepted wisdom, the blockage is nearly always within a few millimeters of the nipple's surface.
 Here is how to clear it immediately.
  1. Remove as much milk as possible from breast using a pump and/or by hand.

  2. Dry nipple and examine. Do you see any tiny white specks on its surface? If so, remove gently with a finger nail. If the clot is not easily dislodged, place tissue paper between your fingers and the nipple's surface and squeeze gently (as you would to pop a pimple.)

  3. If no white specks are immediately visible, search in the groves of the nipple's surface (as though searching for something in a carpet.) Once found, proceed as in step 2.

  4. If you still haven't found the clot, place your fingers at the base of the nipple and squeeze gently to induce milk drops to form on the surface. Since you have pumped well, these drops will be hind milk and opaque white. If you see any that are pale or clear instead, you have found the pore with the blockage. If you are familiar with the pores from which milk usually issues from each nipple, you may be able to identify the location of a blocked pore that does not even allow a clear drop of colostrum to escape.

  5. To clear a blockage beneath the surface identified in step 4, put GENTLE pressure on the engorged part of your breast while firmly grasping the full duct located under the aureola with the fingers of your other hand. Now squeeze that portion of the aureola while pulling the nipple outward. (This is the same motion you would use for hand expressing milk except that you are trying to stretch the nipple outward more.) You may see the clot now beneath the nipple's surface. Repeat until the clot is ejected.

  6. When all else fails, use the old fashioned methods for a while. (You can always try again later.) Pump frequently. Nurse with the baby's lower jaw near the blockage. Take a hot shower or use a hair dryer to warm the area while massaging or expressing milk.

  7. In the future, watch carefully while pumping so you have a good sense of where the pores in your nipple are located. Hand expressing milk makes it particularly easy to see. (You'll need a towel for drips...Try aiming directly into a bottle.) Treat blockages promply. Good luck!

Wednesday, August 4, 2010

ramadhan tiba

minggu depan dah nak puasa kan. risau jugak ni. try test puasa haritu susu effected jugak. ebm bulan julai tak dapat pun seplastik besar huhuhu. camno ni. takpe2, positif2...makan, makan, minum, minum, pam n pam hehe.

malam tadi check2 stok dalam deep freezer. rupa2nya ada dalam 20++ packs ebm bulan januari terlepas pandang. tak digunakan, wuhuuu sayangnye. lebih 6 bulan tak leh minum dah kan? apakah kesudahannye ebm ku itu ye.. ish2 cuai sungguh la. camne la aku kire stok haritu ye. sayang sayang.

takpelah, mungkin bukan rezeki faiq. moga2 bekalan utk tempoh akan datang ni mencukupi, dan mak faiq! sila hati2 ye lepas ni!


Monday, August 2, 2010

kad penghargaan ibu menyusu :)

kad penghargaan ibu menyusu - hadiah dari mar (http://duniasusuibu.com
terima kasih! semoga lebih ramai ibu menyusukan selepas ni :)

adoiyaii

halu. just wondering nieh. bilala nak datang semangat gi keje ni..hahaha kan best kalau cuti aje kuang2. golek2 ngan faiq ..uuuu best2.

next week dah nak puasa kan. cepat betul, last year masa ni baruu je abes pantang huhuh. berita tak bestnye pagi ni, ye2 aku bangun sahur bagai nieh. skaliiiiiiii best friend aku datang weii. dah setahun sembilan bulan tak jumpa, boleh pulak time2 nak posa ni ko muncul yeeeeeeeee


sabar ajela aku weii.

Tuesday, July 27, 2010

mini oreo cheese cake

jalan2 kat blog orang, jumpa resipi senang ni. mini oreo cheese cake. being a cheesecake lover, dgn gelojohnye aku pun nak terai test power buat ngeh2..so, here goes..

bahan2nye:

250gm cream cheese (@room temperature)
130gm white choc (grated)
25gm oreo crumbs
oreo biscuits utk base
1/2 biji lemon - ambik jusnye
sikit esen vanila/vanila paste
sikit milk choc (grated)

cara2:

pukul cream cheese sampai kembang
cairkan white choc, pastu sejukkan dulu then campur ngan cream cheese tadi
masukkan lemon juice + esen vanila
campur oreo crumbs

ini hasilnye ye


pastu, guna paper cup ke foil case ke, letak biskut oreo sebagai cake base:


pastu letak filling yg kita buat tadik ye, last skali tabur milk choc atas nye utk hiasan


dah siap! masukkan dlm freezer lebih kurang 3 jam gitu. the verdict?? HEAVEN :)

Monday, July 19, 2010

faiq rayyan is 1!

faiq rayyan ku sudah setahun! :) syukur alhamdulillah, sempurna sudah penyusuannya untuk tahun pertama. semoga tahun kedua ini berjalan selancar yang pertama, insya allah. macam tau2 aje hari ni besday die, pagi2 lagi dah bangun dak kecit nieh. merengek aje lak tu, mak nak masak pun tak senang! huhuhu..takpe sayang, petang nanti kite celebrate okey!

milestone adik so far :
~ gigi maintain 2 batang hahaha
~ suka makan...!
~ suka gaduh ngan abang, tak padan kecit. sket hari lagi for sure abang kalah wei
~ suka joget2. pantang dengar lagu. tapi kalau mak nyanyi dan2 tu berenti joget okey, apakah?
~ suka memanjat. sangat terror dalam memanjat sofa dan juga naik turun tangga.
~ dah pandai menyengih sampai sepet mata!
~ sangat laaaaa suke dgn unsur2 air ye. pagi2 mandi air sejuk pun maintain cool. totally opposite of abang la die ni
~ manja lebihhhh. maklumla anak mak haha. eh adik dah pandai panggil mak ngan abah ye.

okey, ini gambar besday boy..


Thursday, July 8, 2010

away

nak pegi kursus lagi ni. hari ni sampai sabtu. budak2 tinggal dgn hubby. harap2 selamat sumer, haha. jgn roboh rumah aku sudah kuang3x. anyways, alhamdulillah bisnes coklat nampaknye berjalan lancar. makan masa sket nak pandai buat secara express huhu. tapi dah ada beberapa order dah ni, thanks kengkawankuss. you're the best! :)

Monday, July 5, 2010

update ebm

weekend lepas sempat buat stock counting. alhamdulillah, setakat ni masih cukup utk adik. ada lagi sket frozen ebm bulan januari nak habiskan sebelum expired. layan gambar jelah ye..

ni stok bulan jun

dah susun dlm freezer. kanan tu balance stok januari

freezer ku dah dikemas :)

*syukur alhamdulillah*

iklan tak berbayar

ehem. testing testing 1..2..3.. huhu. dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim, jemput semua ke kedai chocolate saya ye..



Tuesday, June 29, 2010

kemaskini pendek

short update. sedang maraton berpuasa. tula sapa suh lambat, kan dah mencungap nak ganti posa, haih. takpe2 usaha tangga kejayaan, insya allah selesai.

faiq will be one year in three weeks time. time flies kan, kejap aje dah setahun. tak puas lagi tgk die jadi baby. ehh harus menambah bilangan baby kah muhahahaha. ermm tangguh ke rancangan malaysia ke 10 ye adik2. ada projek besar menanti insya allah jika diizin-Nya.

cakap pasal keja la pulak. setahun sebulan dah kat sini, still tak dapat spirit yang sepatutnya la. nak tukar tp takde alasan, kang tak pasal2 aku kena blacklist. huwaaa sungguh demotivated aku duduk sini. sedih2. camne ha??

Thursday, June 24, 2010

kursus btn

alhamdulillah, selesai sudah kursus btn. kali ni nasib baik dpt @ UPM, so senaman ke riadah ke tadek sbb faktor geografi chewahh. yela peserta ramai beno sampai 712 orang (itu baru kat serumpun), kalau campur sumer 2400 orang. gilo ko nak senaman segala. ahaha, so advantage di situ ye adik2.

faiz kutinggalkan dgn hubby, faiq pulak dok ngan parentsku di seremban. mula2 suspen kot2 faiq takleh tido malam sbb aku tadek, alhamdulillah die okey aje. sesekali aje die macam tercari2, lama2 okey. cumanya tak sangka rupa2nya abang dan adik ni tercari2 each other. sudahnya due2 demam sekejap sabtu lepas. nasib baik la demam sekejap aje. huhu yela mana penah pisah kan..tu la dok dekat nak gaduh aje hehehe sekali dok jauh sket dahhh demam anak2 ku.

ok. meh nak story cabaran memerah kat btn. chewah cabaranla sangat. eh berpeluh jugak tau nak bagi susu ku selamat ke destinasinye hahaha. first skali, aku kena dok kolej serumpun. bapak la jauh menapak bawak beg wei..dahla bilik tingkat 4, blok belakang pulak tu. fuhhhhhhhhh. mula2 skali tanya urusetia tu pasal tempat nak simpan susu. alhamdulillah, ada fridge kat blok sebelah, so lega dah ni, insya allah selamat susu hihi. tapi aku mmg dah standby pun bawak kotak polistrine putih tu..siap buh ais segala neh..haha mau nye tak orang keliling kerut2 tgk aku bawak kotak tu ahhaha.

pumping pulak alhamdulillah berjalan lancar. nak kata byk waktu rehat tak la jugak (berkejar2 la jugak pun) tp kire okeyla bolehla tarik napas haha. averagenye dpt pam 5 kali (5.00am, 10.30 am, 1.30pm, 5.30pm + 11.30pm) sumer lepas selesai satu2 aktiviti. petang dalam pukul 6.30 tu hubby ku akan datang utk collect ebm dan belikan stok ais baru. ais tu utk simpam ebm malam aje, pagi2 tu aku transfer masuk fridge. selesai kursus isnin haritu, alhamdulillah aku dpt bawak balik 34 plastik ebm @ 4.0oz each. kiranya production maintain la, syukur sangat2.

yang bestnye aku tgk ramai geng2 mengepam sama aku jumpa + kenal masa kursus ni. so dptla bertukar2 cerita. paling best lagi dpt gak sedikit sebanyak menarik perhatian yang lain2, esp mommies to be sbb kat kolej aku sahaja ada 89 org preggy moms! so masa tu rasa macam duta penyusuan pun ada, duta freestyle pun ada hahaha. siap merasa la jugak jadi supplier plastik susu kat kengkawan yg takde bekas simpan tu hahaha. tapi ada jugak yg aku tgk perah dan buang susu..terasa sayang sungguh, mungkin die tak tau cara penyimpanan susu kan..nak cuba explain tp masa membataskan misi ku chewahhh.

so dlm 2 minggu lagi aku ada kursus lagi. kali ni kat PD pulak. tapi 2 malam saje, n duduk pun kat hotel. so takde masalah sgt kot..all in all rasa happy dpt g btn aritu, dpt jumpa kengkawan yg berlainan skim (ramai cikgu2 n nurse2), pulak tu dpt roomates yang happening tahap dewa hahaha, so tadekla stress sgt. dan aku bersyukur sangat sb tak ada apa2 yg effect penyusuan/pengepaman masa kursus..

Wednesday, June 16, 2010

it's time

huu..rabu sudah. halfday hari ni. kemas barang adik, petang nanti nak hantar adik ke rumah mak. esok pagi2 balik putrajaya semula, kemas barang mak pulak. seb baik lapor diri petang..tadek la kelam kabut, boleh la kot nak kemas2 rumah sket b4 pegi.

sedihnye. camana nak tinggal anak ni..huwaa. semoga semuanya selamat insya allah. dan wahai isnin, cepatla sampai! doakan faiq, mak n ebm2 mak selamat ye!

Friday, June 11, 2010

checklist

yeay jumaat datang lagi (alaa minggu depan nak g btn dah huwaaaa). tak abis lagi kisah nak g btn, tgh sediakan checklist utk orang-orang yang akan kutinggalkan *sob sob*. panjang jugak checklist neh, hubby kata bukan checklist tp karangan muahahaha.so, mak-mak sekeliannnsss..meh tgk ape cik kiah nak bawak g kursus yea.

*click picture to view*

p/s: hari ni abang ngan adik duduk taska - first time htr taska ni. harap2 ok anak2 mak. nanti tghari sebelum mak pegi berjimba mak intai korang k! hahaha ;)

Thursday, June 10, 2010

ayam bakar campak-campak

hehehe. hari ni buat entry masak-masak la pulak ye. dah brp kali dah buat ni, ikut resipi dr kak hanieliza. senang aje.

bahan:
encik ayam
bawang putih*
halia*
lada hitam*
sos tiram
madu
sedikit minyak masak

cara2:
1. ayam dibasuh bersih dan toskan.
2. tumbuk semua bahan *
3. gaulkan bahan tumbuk dengan sos tiram + madu. perapkan ayam.
4. panaskan oven, bakar ayam + minyak @180-200C selama 35-40 minit atau hingga masak.

dah tu je. senang gile kan. taraaaa...oh ini rupa encik ayam tadi ye.


Tuesday, June 8, 2010

kisah ebm

entry ni khas utk wanie, wahhh ala2 berbalas entry gitu :p

kan ada tulis haritu ku tgh susah hati gundah gulana (cewah) pasal nak gi kursus btn kan kan kan. saja2 gugel, so terjejak la blog wanie. rupa2 nya wanie pun kena gi jugak kursus ni, tempat yg sama pulak tu cumanya wanie awal lagi dah pegi. cantek la tu, bole aku tanya eksperien die muehehe.

tima kasih ye wanie jawab email kak lyne. siap buat special entry kat blog die lagi, huhu. jasamu dikenang.

apa2 pun, ni hasil pengepaman pagi ni. power pumping belum buat lagi. smalam dpt 23oz, agaknye sbb weekend adik bergayut sajekk. kite tgk hari ni total output berapa ye..ok sumer, layannnnnnnnnnn....


p/s: pengasuh ku mintak cuti lagi, jumaat n isnin - balik kampung. haihh. jap lagi nak turun taska ofis, nak tanya transit anak camne kire, letak kat sini ajela kot.

Thursday, June 3, 2010

update adik

salam.

bz sket minggu lepas. last wiken adik demam panas. gigi dah kluar 2 batang!. agaknya sebab tu demam kot. kesian die. panas, tp ok lepas makan ubat. tp demam2 pun tetap kuat menyusu. hasilnya isnin lepas total dpt 23oz! alhamdulillah.

TAPI..start hari selasa susu kurang la. terus drop sampai 15oz je. rabu pun sama, dpt 14oz je. pagi ni pun dpt 7oz aje sekali pam. alahai. kenapa ye. rasa2 minum air banyak dah. salah satu sebab mungkin tgh susah hati ni, 17 sampai 21 ni kena gi kursus BTN la, dekat aje kat UPM serdang TAPI susah hati pikir nak tinggal adik, pastu mcamana nak handle EBM kat sana tu. kan dok hostel, payah kot nak carik freezer. kalau EBM siang tu mungkin boleh mintak ais dr caterer sket, then petang hubby boleh dtg amek susu. tgh pikir2 camna nak simpan ebm yang perah malam so that die tahan sampai hubby dtg amik esok petangnye. mintak2 dipermudahkan-Nya, aminnnnnn...



balik kepada citer susu kurang tadi..agaknye kena try power pumping balik kot? dulu penah try sekali, demam seminggu, susu drop gila2 even adik direct feed selalu. power pumping 3 hari, alhamdulillah lepas tu naik balik susu. esok kena start ni, buat masa lunch hour kan?

ehhhh...choppppppp kejap cik jah. skaliiiii sebab nak period kah? hahaha. ku belum peyod2 lagi ye sejak beranak harituhhhh. apakah?

haih whatever it is kenala cuba jugk ye power pumping. kot2 menjadi. insya allah. ni ye gambor budak demam tu, demam2 pun layannnn main keta dgn abang die hehe.

Thursday, May 27, 2010

suami

semalam pengasuh EL lagi. katanya sakit gigi. 6.30am die sms bagitau nak cuti. blank skejap. takkan nak cuti lagi, isnin baru je kiteorg laki bini cuti balik perak. naik tebal dah muka asek EL aje..huhu. pikir punya pikir, 2 alternatif - hantar nursery@rumah bbsitter lain or hantar kat mak/mak dtg sini. kol mak, mak kata nak htr boleh. tp masa tu dh kul 7, mana sempat wei aku nak balik seremban pastu patah balik sini, mau kol 10 punch card karang kuang3.. (err.. bulan ni dah 3 kali lambat ok, 'surat cinta' pun dah sampai ha) pastu try call bbsitter lain, pengasuh dok 9th floor, kakak ni dok 4th floor. gamble jugak sbb tak penah hantar. seb baik die ok. budak2 pun ok even berdrama jugak si faiz pagi2 tu. sian die. takpe tahun depan kita g skolah k.

dalam kalut2 tu, dah sampai opis rupa2nya hubby tak amek beg pam kat dapur. bile call dia ckp ape tau - ingatkan hari ni memang tak nak bawak pam! sabar ajelah suamiku sorang ni, mana boleh skip bawak pam tu weiiiii...dah satu keje kena balik amek pam pulak. nasib la rumah dekat, kalau takkkkkkkkkkkkkk, sapo nak jawab?

balik opis terserempak dgn member (kira pangkat adik2 la ni - tua dah ai wehhh, sila sedar diri okeh). dia tanya, akak bawak ape tu? jawab ajela - pam susu! terus die tanya macam2 - pasal pam, aksesori, harga..aku citer la lebih kurang (haha, yela tu lebih kurang, macam promoter pam adala!) sekali dia cakap ape tau - ooo ni mesti macam abg K*** beli utk wife die last week..RM17++ kan? aku terus - waaaahhhhh apeeeeeee? die beli utk minik dieeeeee????? harussss aku jeles ok, bertuah binik die weii. aku nak beli pakai duit sendiri muahahaha

bagus2. tahniah utk k*** tu. dgn ucapan, takkan beli pam aje, kena la sertakan dgn deep freezer skali hahahahahahah. untung kalau semua husband kuat menyokong macam dia ni. so binik takde alasan lagi takmo bfeed ye!


** utk suamiku, walaupun FS ku beli dgn duit sendiri, ai tetap lap u ok hahaha. *wink sekali*

Thursday, May 20, 2010

10 bulan

alhamdulillah, 10 bulan adik fully bfeed. usia 10 bulan ni, adik dah mula nak berjalan, tapi gigi sebatang pun tadek lagi hahaha. isnin haritu checkup, berat adik 7.3kg, alhamdulillah naik 0.5kg dr sebelumnya. itupun misi bising2 berat x cukup. siap ckp susu tak cukup ni, puan kena top up susu formula! hehe aku senyum aje, misi kerajaan pun x support susu ibu ye?? siap cakap next month kalau berat tak naik jugak (0.5kg tu bukan naik ke? haih) die hantar jumpa doktor/pakar pemakanan. huhuh hantarla ke mana pun yeeeee...i tak kisah! :p

2 hari lepas gi seminar kat hotel istana. boring gile, tapi yang penting makan bestttt huhuhu. pumping tetap jalan, nasib surau die ok and selesa. tp kena pam time org tadek la sbb suraunye kecik toet. kureng sesuai gitu nak pum time org sibuk nak solat. hehe. apa2 hal, yg penting jgn culas ngepam yeeee

Monday, May 17, 2010

jom heboh, i-city dan susu ibu

haihss. ye ye nak gi jom heboh. sudahnya ber jom heboh kat umah aje. panas gile putrajaya. budak2 pulak selsema. kalau pegi kang tak pasal2 demam. so sudahnya tak pegi la. kempunan mau jenjalan ahakss.

smalam pegi i-city kat shah alam. pegi pun dah lambat. kul 9 baru sampai. ramai orang, agaknya kalau time wiken camana la nak carik parking ye. hubby janji wiken ni nak pegi lagi. huhuhu. we'll wait n see ya.

 *picture googled*

jalan2 internet ku terjumpa ni. perbandingan susu formula dan susu ibu. very well explained lah. dare to contest?? :)

Friday, May 14, 2010

jika itu ketentuan-Nya


seorang sahabat, mengandung kali pertama, mengalami pendarahan pada minggu ke 7 kehamilannya. Doktor kata tunggu 2 minggu lagi utk checkup dan confirmation. hmm.

untuk sahabatku, MY..banyakkan bersabar dan berehat secukupnya. Doa banyak2, semoga anak itu kuat dan rezekimu masih ada. untuk menjadi seorang ibu seseorang itu perlu kuat, dan ini baru permulaannya. tawakal dan berserahlah, insya allah tidak apa2. dan redhalah, jika itu ketentuanNya..

p/s: teringat 2 kali pengalaman keguguran kandungan terdahulu. perit, dan tentunya menyedihkan. tapi Allah itu maha mengetahui yang terbaik untuk hambanya...

jom heboh

haihss. dah jumaat. keje tak siap2 pun ahaks. anyways, start hari ni sampai ahad ade karnival hari belia ye kengkawans. walaupun dah tak berapa nak belia tetap gigih nak menyibuk nih. memandangkan jalan sume ditutup, terpaksala i naik bas ye kalau nak datang. kalau tak leh aje parking ngan bangganya kat opis hehe. (motip tetiba bangga keje kat presint 2, wah!) hahaha. takpelah, boleh la bawak dak faiz naik bas, selama ni dok tunjuk bas aje..tak penah rasa nak naik kan. sure jakun weh anak aku..hahaha. ehh, like mother like son kah? huuuuu

Wednesday, May 5, 2010

sonoknye!

sebelum citer nak sengih dulu heeeeeeeeeeeeeeeee (apehal la minah nieh muahaha). ai told yuu, kalau jaga makan minum (read:melantak) hasil tuaian akan jadi memberangsangkan. ini ye hasil tenusuku (wah moo moo kah?) hari nieh.

opp skang ni pam 2x aje kat opis -- mak dah malas ok, sebat sket haippp!

pagi 10.15am = 10oz
ptg 4.30pm = 11.5oz


total hari niiiiiii ialah 21.5oz ye anak-anak... :))))

alhamdulillah, semoga berpanjangan rezeki faiq. insya allah.


p/s: teringat kata-kata seorang yang ku anggap sahabat "ay (akula tu) tu Tuhan bagi dia susu badan yang banyak sebab die tak mampu nak beli susu (formula) untuk anak die"... - lain hari aku buat entry khas mengenai "sahabat" ini ye..

Monday, May 3, 2010

trip to the zoo

hari ahad hubby ajak bawak anak2 g zoo. aku jom ajela, hehehe. last time pegi faiq still dalam perut, kalau tak salah 7 bulan preggie kot. this time abang pun dah cerdik..seronokla die tgk binatang, esp harimau ngan gajah haha. siap panggil harimau "mau, mau sini" hahahaha. adik layannn aje, tak reti lagi. yang tak best si abang jalan sket aje, mak..nat..(penat), sudahnya abah kena dukung huhuhu. takpe yang penting faiz ngan faiq enjoy..nanti lain kali kita dtg lagi ye sayang.

Saturday, May 1, 2010

kerna terpaksa..

udah bulan mei..cepat sungguh. 2 bulan lagi faiq ku genap setahun. semalam cuti lagi, sebabnya PENGASUH anak2 EL. haih pengasuh pun ada el ye :p bukan nak bising tp thn ni ku sudah 13 hari cuti! haih apa nak jadi ni. sungguh tak productive! nak buat camana..so terpaksala aku cuti duduk rumah melayan buah hati 2 orang yang lasak nieh heheheh (sebenarnye sonok gak, sebab malas gi keje muahahahah - tanduk sudah keluar..) wiken ni ada projek khas - spring cleaning! mau menapis baju2 budak2 ni ha. penuh dah lemari tp banyak yg dah takleh pakai pon. semoga berjaya la planku hehehehe

Thursday, April 29, 2010

Sejarahnya...

si manja pertama
 lahirnya 3 november 2007, dua kali keguguran dan akhirnya tiba juga zuriat dinanti-nanti.masa preggy sibuk masuk forum baca pasal pregnancy + delivery saje..tak terlintas langsung nak jengah topik penyusuan, walhal dah memang berniat akan ku susukan anakku dengan susu ibu..ilmu tak cukup, padahnya nak naik kerja kelam kabut lintang pukang menyediakan stok susu utk faizku..alhamdulillah dalam kelam kabut korek info sana-sini berjaya jugak exclusive sampai dia 6 bulan. sehingga hari ini takkan ku lupakan kak sue dan kak maya - insan yang telah menerbitkan niat dan azamku utk menyusukan sebab dieorg juga ibu2 yang menyusu dan mengepam.

faiz 11 bulan, aku pregnant lagi. ku cuba juga teruskan penyusuan, despite of stok yang amat2 berkurangan..try bagi fresh milk dia refuse. faiz setahun empat bulan, menitik air mata bila die minum formula utk kali pertama. maafkan mak nak, janji mak tidak dikota. ku pasang niat biar anakku yang kedua ini lebih panjang perjalanan penyusuannya nanti.

si manje kedua

19 julai 2009, lahir anak keduaku..faiq, dan tentunya kali ini ku lebih bersedia dan sangat-sangat teruja untuk menyusukan. alhamdulillah, si abang ku sambung juga penyusuannya walaupun tidak secara direct feed. syukur kpd tuhan kedua-dua anakku tiada masalah dlm penyusuan, juga tidak nipple confuse - mudah diajar menggunakan botol. kali ini ku mula mengumpul stok seawal minggu ke dua kelahiran. habis pantang stok terkumpul mencecah 150 plastik! syukur ya allah. 
 

bercerita pasal pam - hingga hari ni  ku sudah ada 4 jenis pam berbeza hehe.pam kesemuanya masih ku simpan sehingga hari ni. sentimental value wehh. 

pam pertama - avent isis set



pam kedua - spectra 3. dengan pam ni lah ku dapat buat stok utk faiz huhuhu. ni aje gambar yg ada utk stok faiz..


pam ketiga - medela swing, pam yang sangat besttt tapi sebabkan ianya single pump..so consume masa yang agak lama kalau ku di ofis. dahla bos ku asal time aku nak pam aje die pun terjongol depan pintu hahahaha. concious i nak pump ok ;)


pam keempat - jeng jeng jeng....medela freestyle yang kuidam2kan since belum ngandung anak kedua lagikkkk..tp hubby tak brp setuju masa tu. yelah dahla maheiiii wehh, production kalau mencanak2 takpe jugak, ini alahai kais pagi minum pagi anakku, ada hati mau berFS muahahaha. FS ni pun aku beli masa faiq dah nak masuk 3 bulan...kaedahnya bagi susu stabil dulu la, bagi angkat FS hhehe (sebenarnya duit lom cukup heheh).. ehhh lupa tak gambar. ini gambar encik freestyle saya ye.


sekarang ni faiz dah 2 tahun 5 bulan..faiq dah nak masuk 10 bulan. alhamdulillah faiq masih fully breastfeed, dan dah pun mula makan since die 6 bulan haritu. setakat bulan april ni, frozen ebm ku dah mencecah 300+ plastik yg average nya 3.5oz@4oz. daily faiq consume dalam 17-18oz, dan dlm die 10 bulan ni aku masih boleh maintain production @ at least 17oz..at certain days kalau jaga makan dan minum boleh dpt 21oz!..doa dan harapanku semoga perjalanan kali kedua ini berpanjangan sehingga umurnya 2 tahun..dan selama mana die mahu menyusu atau sehingga ku peknen adiknya pulak *wink*


faiq in action! :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails